Connect with us

Oh! Media

“Ayden Tak Akan Buat Mummy Sedih”- Bella Astillah Sebak Dengar Ucapan Anak Sempena Hari Ibu

Oh! Artis

“Ayden Tak Akan Buat Mummy Sedih”- Bella Astillah Sebak Dengar Ucapan Anak Sempena Hari Ibu

Ibu mana yang tak sebak dengar ucapan istimewa dari anak sempena hari ibu. Begitu juga dengan pelakon, Bella Astillah difahamkan sebak apabila anaknya, Ayden berjanji mahu menjaga keluarga apabila sudah dewasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Bella Astillah Akhirnya Beri Respon Mengenai Ruhainies Ingin Berjumpa

Menurut laporan mStar, dalam ucapan istimewa itu, Ayden juga mengingatkan Bella untuk menjaga kesihatan semasa bekerja.

Difahamkan Bella mendengar ucapan daripada anak lelakinya ini ketika hadir ke konti Era FM.

Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik.

Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih.

Saya sayang mummy!

Apa yang lagi terharu, Ayden juga mengatakan Bella adalah ibu terbaik dalam dunia dan sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu ‘Ibu Ratu Hatiku’ pada akhir ucapannya.

Anugerah paling bermakna

Bukan sahaja Bella Astillah yang dilihat sebak, ibunya, Zarina Astillah juga tidak berhenti menangis sepanjang ucapan itu dimainkan.

Bella berkata anak-anaknya adalah anugerah paling bermakna dalam hidupnya dan menasihatkan untuk menghargai orang yang menyayangi kita kerana mereka tidak selamanya ada.

Ini adalah hadiah hari ibu yang terbaik, Ayden dan Ara adalah hadiah terbaik buat saya.

Sementara itu, Bella juga difahamkan mahu fokus untuk selesaikan kemelut yang melanda.

Sedihnya dengar ucapan Ayden buat Bella. Semoga Bella dan anak-anak tabah menghadapi semua ujian.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas