Connect with us

Oh! Media

KJ Beri Amaran, Golongan Antivaksin Mungkin Diberikan Gelang Hitam Berbelang?

Ohmedia antivaksin

COVID-19

KJ Beri Amaran, Golongan Antivaksin Mungkin Diberikan Gelang Hitam Berbelang?

Walaupun negara pada hari ini (18 Oktober 2021) telah mencapai 93.8% kadar vaksinasi lengkap dewasa, mereka yang menolak vaksin akan tetap diburu.

BACA: “Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera” – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) sebelum ini turut mengumumkan akan menyusahkan kehidupan golongan ini. Tindakan ini dilihat wajar selepas ada antara mereka yang giat menghasut orang ramai dengan fakta palsu dan ini boleh menggugat keselamatan awam.

IKLAN

Setakat ini, mereka yang menolak vaksin masih dihalang melakukan beberapa aktiviti seperti makan di dalam restoran, menonton wayang serta melakukan aktiviti sosial lain. Bagaimanapun, mereka masih diberikan kebenaran merentas negeri untuk pulang ke kampung.

Apa cara untuk tentukan mereka divaksin atau tidak?

Memetik laporan Sinar Harian, beberapa cadangan sebelum ini turut didengari seperti membezakan dua kumpulan berbeza ini melalui label di Mysejahtera. Pada aplikasi ini, perlu ada label ‘tidak mahu divaksin’ atau ‘dikecualikan vaksinasi’. Mereka yang tidak dapat divaksin atas nasihat doktor kerana masalah kesihatan tidak sepatutnya disamakan dengan kumpulan anti vaksin.

Cadangan lain yang diberikan adalah untuk mewajibkan golongan antivaksin untuk memakai gelang hitam berbelang. Dengan itu, sudah pasti ia akan memudahkan orang ramai untuk menjauhkan diri dari mereka selain turut memudahkan pihak berkuasa membuat pemantauan.

Isu ini amat penting kerana golongan ini paling mudah terdedah dengan Covid-19 dan boleh membahayakan nyawa mereka. Apapun kita harapkan agar wabak ini terus hilang dan kita semua dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. #kitajagakita

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas