Connect with us

Oh! Media

Hina Agong, Papagomo Didakwa Hari Ini

papagomo hina agong ohmedia

Trending

Hina Agong, Papagomo Didakwa Hari Ini

Blogger kontroversi, Papagomo atau Wan Muhammad Azari Wan Deris akan didakwa di mahkamah hari ini atas kenyataan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Menurut laporan Harian Metro, dia yang juga merupakan Bekas Exco Pemuda Umno itu akan didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini. 

Menerusi satu video berdurasi 46 saat, blogger itu telah ditahan atas kenyataan yang mengaibkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

IKLAN

Kalau korang tengok video itu, Papagomo bercakap mengenai isu KK Mart dan ada mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart.

Bukan tu jer, dalam video itu juga ada tuduhan yang berkata Sultan Ibrahim mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan. Lain macam Papagomo ni!

Sebelum ini dia juga pernah didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengaib dan mendatangkan kecederaan ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

BACA: Papagomo Didakwa Di Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Mencederakan Syed Saddiq

Dia sewaktu itu tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas