
Oh! Tidak
“Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera” – Khairy Jamaluddin
Oleh
Pihak berkuasa diminta Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.
BACA : Teruk Diperli Netizen, Rita Rudaini Akui Dia ‘Prosafe’ Sebenarnya
Menurut laporan Berita Harian, laporan polis juga telah dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap beberapa kumpulan antivaksin dan perkara ini dikatakan sendiri KJ yang membalas satu ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong di Twitter.
Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying. https://t.co/rdAKlUNEFZ
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 15, 2021
KKM sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin. Kami harap tindakan susulan, siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.
Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.
Sakinah yang mempersoalkan adakah kumpulan antivaksin ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.
Apapun yang tular, jangan percaya bulat-bulat tambah lagi apabila sesuatu berita itu tidak mempunyai kesahihan daripada pihak yang bertanggungjawab.
Kredit: Berita Harian
