Connect with us

Oh! Media

Pencen Penjawat Awam Dan Ahli Parlimen Dicadang Untuk Diganti Dengan KWSP

penjawat awam

Oh! Negara

Pencen Penjawat Awam Dan Ahli Parlimen Dicadang Untuk Diganti Dengan KWSP

Ada cadangan untuk mansuhkan pencen penjawat awam. Korang setuju tak? Apapun, cadangan ini dinyatakan sendiri oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) selepas menyatakan dia bersetuju dengan cadangan membatalkan pencen Ahli Parlimen.

ADVERTISEMENT

KJ merasakan tindakan ini penting bagi mengimbangi fiskal negara dan dia sendiri bersedia jika pencenya ditukar kepada KWSP.

Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.

Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya.

GST masih lagi tunggu dan lihat. Ketiga, adalah untuk hentikan pencen. Tapi ini untuk penjawat awam yang ada dalam perkhidmatan, skim pencen diteruskan.

Bagi semua penjawat awam pula, hanya mereka yang baru sahaja dilantik pada tarikh perlaksanaan sahaja akan dimasukkan ke dalam KWSP.

KJ seperti biasa memberikan pandangan politik dalam program podcast, Keluar Sekejap kendaliannya dan menyatakan kerajaan perlu menanggung sehingga RM50 bilion jika terus melaksanakan pencen penjawat awam dalam masa 10 tahun.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas