Connect with us

Oh! Media

Patut Atau Tidak Sertai PLKN?

Oh! Youtube

Patut Atau Tidak Sertai PLKN?

Baru-baru ni kecoh di media sosial pasal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan kembali. Mula lah gelabah masing-masing bila calon yang layak dalam lingkungan umur 16 hingga 35 tahun. Sampai banyak sangat meme dan lawak daripada rakyat Malaysia.

ADVERTISEMENT

Ada juga yang buat kompilasi video kawad pempengaruh macam Azfar Heri, Imran Bard dan Kieda Crepe menyertai PLKN. Bukan tu jer, ada juga individu yang berumur dalam lingkungan 30-an mengeluh mengenangkan banyak sangat komitmen lain yang perlu mereka tanggung. 

Netizen juga tak bersetuju jika pelatih PLKN lingkungan umur 16 ke 35 tahun disatukan dalam satu kem disebabkan jarak umur yang jauh. Boleh jadi macam-macam perkara yang tak diingini berlaku. Tapi korang semua jangan risau, Kementerian Pertahanan dah pun menjelaskan yang PLKN 3.0 ni hanya untuk remaja yang lahir pada tahun 2007. 

Kalau pelatih tak dapat sertai PLKN atas sebab tertentu, mereka boleh memohon penangguhan sehingga had umur 35 tahun. Jadi sesiapa yang risau sangat tu boleh tarik nafas lega dah, boleh je teruskan komitmen masing-masing. Tapi, ada juga la yang berpendapat bagus juga PLKN 3.0 ni dikembalikan untuk generasi sekarang.

Majoriti berpendapat generasi sekarang kurang adab dan kalau masuk PLKN ni dapatlah ubah sikit perangai tu kan untuk jadi lebih disiplin. Kalau ikut pengalaman pelatih dulu yang sertai PLKN, hidup mereka kini lebih teratur bila kita ni jadi seorang yang berdisiplin

Dekat PLKN pun, korang tak payah risau kalau kena sertai berseorangan sebab dekat situ lah tempat untuk korang buat kawan baru, didik diri jadi seorang ketua dan juga bergaul dengan orang ramai. Kalau korang nak ke tak sertai PLKN? Dan patut ke tak patut generasi sekarang sertai PLKN?

Kredit: Sab | [email protected]

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas