Connect with us

Oh! Media

Kewangan Terbaik Duduk Di Bandar

Oh! Youtube

Kewangan Terbaik Duduk Di Bandar

Seperti kita tahu kan hidup di bandar pada masa kini sangat mencabar lagi-lagi  berkenaan dengan kewangan ekonomi negara. Kos kehidupan yang sangat tinggi semakin membimbangkan kerana bergantung kepada keadaan ekonomi negara yang ada turun naiknya. 

ADVERTISEMENT

Tak kiralah tinggal di bandar berseorangan ke atau dengan keluarga mesti pening nak uruskan kewangan terbaik kan ? Sebab banyak sangat komitmen yang perlu ditanggung. Jadi, anda perlu bijak menguruskan kewangan peribadi dengan baik jika tinggal di bandar yang penuh cabaran. Ini beberapa tips kewangan terbaik duduk di bandar.

  • Bezakan keperluan dan kehendak

Perlu bezakan keperluan dan kehendak dalam setiap pengurusan kewangan untuk setiap bulan dan tahun dengan membuat anggaran. Utamakan keperluan dulu terutamanya bil-bil atau yuran yang perlu dibayar, belanja harian, minggu dan bulanan serta keutamaan kewangan untuk jangka masa yang panjang dan kecemasan agar dapat membantu individu dalam keadaan terdesak. Jika simpanan keperluan dah cukup baru fikir tentang kehendak yang nak seperti baju baru, kasut baru atau apa saja kehendak yang ingin dimiliki.

  • Buat simpanan asing untuk komitmen 

Anda boleh membuat akaun simpanan asing untuk kecemasan dan perbelanjaan harian. Tetapkan matlamat dulu dan pilih jenis simpanan yang betul. Bila kita dah ada simpanan boleh la jangka bajet kewangan yang diperlukan. Kalau dapat bonus lebih, boleh pertimbangkan nak simpan semua atau separuh untuk tingkatkan simpanan sendiri dan masa depan.

  • Bawa bekal atau tong tong duit minyak

Jika anda sewa tempat tinggal berseorangan ke atau dengan kawan-kawan, inilah peluang untuk berjimat cermat. Contohnya, dari segi makanan boleh memasak dan bawa bekal setiap hari yang dapat mengurangkan bebanan diri untuk membayar sewa rumah, elektrik dan air setiap bulan. Kalau kenderaan pula boleh tumpang kawan dan tong tong minyak setiap hari. Jadi dapatlah kurangkan kos hidup dekat bandar kan?

Kesimpulannya, setiap individu perlu ingat bahawa pengurusan wang yang baik adalah kunci untuk mencapai kestabilan kewangan setiap individu jika tinggal di bandar dengan kadar pengeluaran yang tinggi. Selalu berusaha untuk hidup sesuai mengikut kemampuan diri dan tidak terlalu mengikut pengaruh kehidupan individu lain. Bak kata pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’.

Kredit penulis: Sabrina | [email protected]

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas