Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Urutan Hilangkan Pening Kepala Bagi Anda Yang Sering Mengalaminya

Ohmedia  Ubat

Oh! Lifestyle

Ini 5 Urutan Hilangkan Pening Kepala Bagi Anda Yang Sering Mengalaminya

Mengalami masalah pening kepala adalah satu keadaan kesihatan yang sering berlaku sepanjang kehidupan korang kan? Jadi, korang mesti akan mencari jalan penyelesaian dengan mengambil ubat sakit kepala yang paling berkesan.

90907929

IKLAN

Sebenarnnya, masalah pening kepala terbahagi kepada dua iaitu primer dan sekunder.

Kategori primer akan terjadi akibat aktiviti otak yang berlebihan atau masalah berkaitan otot, saraf atau salur darah pada leher. Malah, ia juga mempunyai 3 sub-jenis iaitu migrain, kluster dan tekanan.

Manakala, kategori sekunder pula berlaku gara-gara masalah kesihatan yang bakal mempengaruhi sistem dan fungsi otak individu. Berikut merupakan kondisi yang boleh jadi faktor risiko pening kepala:

  • Resdung
  • Glaukoma
  • Sakit gigi
  • Infeksi telinga
  • Aneurisme otak
  • Tumor otak
  • Dehidrasi
  • Meningitis

Ubat sakit kepala bukan hanya paracetamol?

Selalunya, setiap kali korang menghidapi pening kepala, ubat yang korang ambil antaranya adalah paracetamol kerana ia amat efektif.

Ubat-ubatan pening kepala ini mungkin akan memberikan kesan sedikit lambat selepas pengambilannya, dalam anggaran sekitar 60 – 120 minit.

Apa lagi petua ubat sakit kepala yang lain?

Selain dari mengambil ubat, korang juga boleh ikut beberapa petua ini sekiranya korang kerap menghadapi sakit kepala:

  • Berehat

What is healthy sleep

Korang perlu elakkan daripada belajar, bekerja atau beraktiviti lain tanpa henti dan rehat. Pastikan korang tidur sekurang-kurangnya 8 jam dalam sehari setiap waktu malam.

  • Jaga diet

Pengambilan makanan berzat yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah kunci kepada kesihatan tubuh badan. Dengannya, risiko masalah seperti pening kepala juga akan lebih minimum.

Article 291139 the top 10 healthiest foods for kids  02 4b745e57928c4786a61b47d8ba920058

  • Bersenam

Jika ada masa terluang, korang boleh cuba senaman ringan selama 30 minit sehari. Lakukan dengan bersederhana sahaja dan ulang beberapa hari dalam seminggu.

  • Hindari stres

Setiap kali korang tertekan, ambil masa untuk berehat. Stres sudah tentu akan menyebabkan diri korang rasa terbeban sekali gus meningkatkan lagi risiko untuk mengalami pening kepala.

Cuba juga amalan urutan pada titik ini

326121 2200 1200x628 1

Amalan urutan lembut dan tepat pada titik tertentu juga dapat membantu mengurangkan kesakitan di kepala korang. Berikut adalah cara urutannya:

  • Titik di atas telinga
  • Titik di antara kening
  • Dua titik di hujung kening
  • Dua titik di bawah tulang pipi
  • Dua titik pada tengkuk

Kredit: HelloDoktor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Article 291139 the top 10 healthiest foods for kids  02 4b745e57928c4786a61b47d8ba920058
  • 326121 2200 1200x628 1
  • Closeup of Young Man Touching Temples with Fingers As if Suffering from Severe Migraine Feeling Sick Isolated on Gray Background
  • 90907929
  • What is healthy sleep
  • Ohmedia  Ubat
  • Article 291139 the top 10 healthiest foods for kids  02 4b745e57928c4786a61b47d8ba920058
  • 326121 2200 1200x628 1
  • Closeup of Young Man Touching Temples with Fingers As if Suffering from Severe Migraine Feeling Sick Isolated on Gray Background
  • 90907929
  • What is healthy sleep
  • Ohmedia  Ubat

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas