Connect with us

Oh! Media

800 Mahasiswa UiTM Melaka Terima Juadah Percuma Menerusi Dapur Siswa MADANI

Dapur Siswa Madani

Oh! Inspirasi

800 Mahasiswa UiTM Melaka Terima Juadah Percuma Menerusi Dapur Siswa MADANI

Lebih 800 pelajar UiTM Cawangan Melaka menerima manfaat menerusi Program Rewang Muafakat Kasih Siri 3.0 Dapur Siswa MADANI yang berlangsung di Kolej Tuah, Kampus Alor Gajah.

Program yang memasuki edisi ketiga itu bukan sekadar menyediakan makanan percuma, malah menghidupkan semula budaya rewang dan gotong-royong apabila pensyarah, kakitangan serta pelajar berganding bahu menyediakan pelbagai juadah.

Whatsapp 2026 08 04 at 153329
Kredit foto UITM Melaka

Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Melaka, Profesor Madya Ts. Dr. Nadzri Mohd. Sharif, inisiatif ini turut dapat mengeratkan hubungan antara warga kampus.

IKLAN

“Program ini menjadi medium untuk menyemai semangat kebersamaan, toleransi dan budaya bergotong-royong, selain membantu meringankan beban kos sara hidup pelajar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Dapur Siswa MADANI akan terus dianjurkan pada setiap semester sebagai usaha berterusan menjaga kebajikan mahasiswa, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Whatsapp 2026 08 04 at 153328
Kredit foto UITM Melaka

Apa yang menarik, setiap fakulti, bahagian dan kolej kediaman menyumbangkan hidangan masing-masing, sekali gus menawarkan pelbagai pilihan makanan kepada para pelajar dalam suasana penuh muhibah.

Whatsapp 2026 08 04 at 153328 2
Kredit foto UITM Melaka

Program ini turut membuktikan bahawa budaya rewang masih relevan dalam komuniti kampus kerana mampu menyatukan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa tanpa mengira jawatan mahupun latar belakang.

Selain menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang menetap di kampus, inisiatif ini juga merupakan antara usaha UiTM Melaka membantu mahasiswa menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Pihak universiti turut merakamkan penghargaan kepada semua fakulti, bahagian, kolej kediaman, pensyarah, kakitangan serta sukarelawan pelajar yang menjayakan program ini.

Nota Oh! Media:
Sekecil mana pun bantuan yang diberikan, ia boleh memberi makna besar kepada mereka yang memerlukan. Semoga lebih banyak program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

Sumber: UITM Melaka
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas