Connect with us

Oh! Media

Shah Dakwa Terima Ugutan Bunuh Selepas Insiden Anjing Rocky

Ohmedia shah anjing rocky

Oh! Negara

Shah Dakwa Terima Ugutan Bunuh Selepas Insiden Anjing Rocky

Shah tampil menjelaskan insiden anjing Rocky dan mendakwa menerima ugutan bunuh selepas video kejadian tular.

Kontroversi melibatkan kematian seekor anjing, Rocky terus menjadi perhatian selepas Muhammad Shah Hizam, 24, tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian yang berlaku di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu.

Shah mendakwa kehidupannya kini terjejas selepas menerima kecaman, ugutan bunuh serta pelbagai tuduhan susulan penularan video kejadian tersebut.

Saya tak sokong kekejaman haiwan, jauh sekali berniat nak mencederakan atau membunuhnya.- Katanya.

Shah hadir bantu atas jemputan KRT

Kredit Foto Sinar Harian

Dalam sidang media #Justiceforshah di Bukit Jelutong, Shah menjelaskan kehadirannya pada malam kejadian adalah untuk menjalankan tugas yang diberikan.

IKLAN

Saya tidak hadir pada malam itu dengan niat untuk mencederakan, jauh sekali untuk membunuh mana-mana haiwan.- Katanya.

Turut hadir pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung serta barisan peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, Mahmud Jumaat dan Akif Rusli.

Menurut Muhammad Rafique, Shah bukan bertindak sendiri atau hadir tanpa arahan. Sebaliknya, dia hadir sebagai wakil penduduk selepas menerima jemputan bertulis daripada Kawasan Rukun Tetangga Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah bagi membantu operasi rasmi Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Alat tangkap anjing liar dibekalkan MBDK

Muhammad Rafique berkata semua peserta yang terlibat pada malam berkenaan sudah menerima taklimat daripada anggota MBDK mengenai kaedah melakukan tangkapan.

Beliau turut mendakwa keadaan mula menjadi kelam-kabut selepas seorang wanita yang mengaku sebagai pemilik Rocky datang dan cuba menghalang anjing tersebut daripada dibawa pergi.

Berdasarkan apa yang Shah lihat sendiri, wanita tu tiba-tiba datang peluk dan duduk atas badan Rocky sebab nak halang anjing tu dibawa pergi.

Waktu itu berlaku tarik-menarik sedangkan alat loop masih ada kat leher Rocky. Keadaan jadi tegang dan sangat kelam-kabut.- Katanya.

Dakwa 12 anjing lain selamat

Ohmedia anjing rocky

Menurut Muhammad Rafique, operasi pada malam itu turut berjaya menangkap 12 ekor anjing liar lain tanpa sebarang kecederaan.

Hanya Rocky, satu satunya anjing yang disahkan mati akibat insiden kekecohan itu.- Katanya.

Susulan video kejadian yang tular, pihak peguam mendakwa Shah menjadi mangsa buli siber yang serius termasuk pendedahan identiti secara meluas, tuduhan sebagai pembunuh haiwan serta ancaman terhadap dirinya dan keluarga.

Pertikai gambar X-ray

Ohmedia datuk bandar klang ajing rocky

Pihaknya turut mempertikaikan sekeping gambar imbasan X-ray yang tersebar di media sosial dan didakwa menunjukkan tulang belakang Rocky patah akibat dipukul.

Kita dimaklumkan ia palsu. Kita pun tak tahu gambar X-ray itu daripada siapa, daripada mana, timbul daripada mana.

Kita tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang sivil, termasuk saman fitnah ke atas individu atau portal yang mencetuskan provokasi dan memburukkan nama Shah.- Katanya.

Pasukan peguam kini sedang mendokumentasikan komen berunsur ugutan dan dakwaan fitnah yang tersebar di media sosial.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas