Connect with us

Oh! Media

Wanita Mengaku Bersalah Anjur Duit Kutu Lebih RM1.7 Juta

Ohmedia wanita ditangkap duit kutu

Oh! Tidak

Wanita Mengaku Bersalah Anjur Duit Kutu Lebih RM1.7 Juta

Wanita mengaku bersalah menganjurkan wang kutu lebih RM1.7 juta membabitkan 52 peserta di Kedah.

Sebelum ni kecoh jugalah satu Malaysia bila pasangan suami isteri bersama anak mereka didakwa hilang. Tapi ada plot twist bila diorang ni bukan hilang, tapi didakwa larikan diri bersama duit kutu yang dikutip.

Seleas siasatan, duit kutu yang dikutip tu membabitkan jumlah lebih RM1.7 juta akhirnya membawa seorang wanita ke Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas dia didakwa menganjurkan kumpulan berkenaan sejak tahun lalu.

Siti Zulaika Ahmad Sabri, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

IKLAN

Wanita ditempatkan di Penjara Pokok Sena

Carousel: (1) family selfie with caption 'Bukan Hilang Tapi Sengaja Hilangkan Diri'; (2) collage of missing-person posters; (3) hand holding a document with green highlights.

Mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin sebelum menetapkan 22 September depan bagi fakta kes dan hukuman susulan pengakuan bersalahnya.

Berikutan keputusan itu, Siti Zulaika akan ditempatkan di Penjara Pokok Sena sementara menunggu prosiding seterusnya.

Sebelum itu, pihak pendakwaan memohon jaminan RM100,000 dikenakan terhadap tertuduh kerana berpendapat dia berpotensi melarikan diri memandangkan mempunyai kemampuan kewangan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula tidak membuat sebarang rayuan terhadap jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

52 individu sertai kumpulan kutu

Kredit Foto Janaan AI

Mengikut pertuduhan, Siti Zulaika didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu yang disertai seramai 52 individu dengan setiap peserta perlu membuat bayaran tunai kepada kumpulan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Julai 2025 hingga Julai 2026 di sebuah rumah di Kampung Padang Satu, Bukit Kayu Hitam, Changlun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fahmi Kamaluddin dan Vatchira Wong Rui Fern.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas