Connect with us

Oh! Media

Julia Farhana Minta Tidak Dihakimi, Ada Sebab Kenapa Buka Tudung

Ohmedia julia farhana tudung

Oh! Artis

Julia Farhana Minta Tidak Dihakimi, Ada Sebab Kenapa Buka Tudung

Julia Farhana tampil tidak berhijab dan meminta orang ramai tidak menghakimi keputusan peribadi yang sedang dilaluinya.

Sejak penampilannya tanpa hijab mula menjadi perhatian ramai pada Mei lalu, pelakon Julia Farhana memilih untuk tidak memberikan penjelasan panjang mengenai perubahan tersebut.

Menurut Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 32, perkara yang sedang dilaluinya terlalu peribadi untuk diterangkan kepada orang lain.

Tiada apa yang saya boleh cakap yang akan buatkan orang rasa benda itu adalah kenyataan yang betul. Apa yang saya harapkan adalah orang ramai doakan yang baik-baik.

Jangan hakimi saya atas apa yang saya lalui sebab segalanya adalah satu proses yang saya sendiri pun tidak sepenuhnya dapat hadam lagi. Saya perlukan masa.- Katanya.

Penampilan dan hantaran Threads Julia Farhana berbeza

Dalam masa sama, Julia turut menjelaskan mengenai satu hantaran di Threads yang sebelum ini dikaitkan netizen dengan perubahan penampilannya.

IKLAN

Katanya, kapsyen tersebut sebenarnya lebih kepada refleksi mengenai dirinya sendiri dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan keputusan untuk tampil tidak berhijab.

Apa-apa sahaja yang saya buat di platform awam, orang akan tetap hakimi. Saya okey sebab saya tahu apa yang orang fikirkan pasal saya itu bukanlah diri saya yang sebenarnya.

Saya memang tidak membaca langsung komen-komen netizen, lebih baik saya elakkan.- Ujarnya.

Julia Farhana nafi alami depresi

Portrait of a woman with long light brown hair wearing a white blouse and a wireless earbud in her ear, looking at the camera.

Perubahan imej Julia turut menyebabkan timbul spekulasi bahawa dia sedang melalui kemurungan atau depresi susulan ujian rumah tangga yang dihadapinya.

Bagaimanapun, Julia menafikan perkara tersebut dan menegaskan dirinya berada dalam keadaan baik. Dia mengakui perasaan sedih tetap ada kerana perlu menyesuaikan diri dengan perubahan besar dalam kehidupannya.

Alhamdulillah saya okey, saya tidak depresi. Perasaan sedih itu normal, saya rasa setiap manusia yang melalui sesuatu yang sangat mengejutkan akan lalui proses di mana dia kena hadam apa yang berlaku.

Daripada hidup berdua, sekarang saya hidup seorang dan saya sudah sendirian selama tujuh bulan yang lalu. Banyak benda saya kena fikir seorang diri daripada masalah perkahwinan, kerjaya sehinggalah hidup saya.- Katanya lagi.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas