Connect with us

Oh! Media

Dari Drama Korea Ke Rumah Pintar: Kami Ikuti Shin Ye Eun Lihat Sendiri Gaya Hidup K-Wellness Dengan LG Di Jakarta

Ohmedia pmp 3416

Oh! Lifestyle

Dari Drama Korea Ke Rumah Pintar: Kami Ikuti Shin Ye Eun Lihat Sendiri Gaya Hidup K-Wellness Dengan LG Di Jakarta

Kalau sebut tentang rumah pintar, ramai mungkin terus membayangkan pelbagai peranti canggih yang penuh dengan fungsi futuristik. Namun selepas menyertai acara “Housewarming by LG” di Jakarta, Indonesia atas jemputan LG Malaysia, perspektif itu berubah sama sekali.

Apa yang menarik, perjalanan ini bukan sekadar untuk melihat produk-produk terbaru LG. Sebaliknya, ia membuka peluang kepada media serantau untuk memahami bagaimana teknologi boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian yang lebih selesa, tenang dan bermakna.

Lebih istimewa, pengalaman ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon Korea Selatan yang semakin popular menerusi pelbagai drama hit, Shin Ye Eun.

IKLAN

Menyelami Konsep Rumah Ala Korea Bersama Shin Ye Eun

Pmp 3378

Bertempat di LG Zona Seru, Central Park Mall Jakarta, “Housewarming by LG” membawa pengunjung menyelami suasana rumah yang diinspirasikan daripada gaya hidup Korea Selatan yang menitikberatkan keseimbangan, keselesaan dan kesejahteraan diri atau lebih dikenali sebagai K-Wellness.

Sejurus melangkah masuk, suasana yang diwujudkan terasa cukup berbeza berbanding acara teknologi biasa. Tiada demonstrasi produk yang terlalu teknikal atau suasana jualan yang memaksa.

Sebaliknya, setiap ruang direka seperti sebuah rumah sebenar yang memperlihatkan bagaimana teknologi boleh membantu memudahkan rutin seharian.

Pmp 3237

Menurut Presiden LG Electronics Indonesia, Ha Sang-chul, inisiatif ini diwujudkan bagi menunjukkan bahawa teknologi rumah pintar bukan sekadar menawarkan inovasi, malah mampu membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan seimbang untuk kehidupan harian.

Bila Penjagaan Diri Bermula Dengan Perkara Kecil

Pmp 3072jpg

Salah satu ruang yang paling menarik perhatian ialah zon Outer Wellness yang memfokuskan kepada penjagaan pakaian sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri.

Di sini, Shin Ye Eun berkongsi bagaimana perkara yang kelihatan kecil seperti memastikan pakaian sentiasa segar dan kemas sebenarnya boleh memberi impak kepada keyakinan dan mood harian.

Melalui penggunaan LG WashTower dan LG Styler, proses menjaga pakaian menjadi lebih mudah dan praktikal tanpa memerlukan banyak masa.

Malah, Shin Ye Eun sendiri berkongsi bahawa penjagaan diri bukan semestinya melibatkan perkara besar, tetapi bermula daripada tabiat kecil yang diamalkan setiap hari.

Melihat sendiri bagaimana ruang ini direka membuatkan konsep K-Wellness terasa lebih dekat dengan realiti kehidupan harian dan bukannya sekadar trend yang sering dilihat di media sosial.

Dapur Yang Lebih Pintar, Masa Yang Lebih Bermakna

Pmp 3129

Perjalanan diteruskan ke zon Kitchen & Home Café yang menampilkan bagaimana teknologi AI Home membantu menjadikan aktiviti memasak dan meluangkan masa di rumah lebih menyeronokkan.

Antara yang dipamerkan ialah peti sejuk LG InstaView Multi Door yang membantu menguruskan keperluan dapur dengan lebih mudah, selain memastikan bahan makanan kekal segar lebih lama. Malah Shin Ye Eun sempat buat demo resipi air tau!

Turut dipertontonkan ialah LG StanbyME 2 dan LG NeoChef Microwave Grill Inverter yang direka untuk melengkapkan pengalaman hiburan dan penyediaan makanan di rumah.

Apa yang menarik, fokus utama yang diketengahkan bukanlah spesifikasi produk semata-mata. Sebaliknya, LG menunjukkan bagaimana teknologi boleh mengurangkan beban tugasan harian supaya lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga dan insan tersayang.

Menurut Shin Ye Eun, rumah yang selesa ialah rumah yang mampu menyesuaikan diri dengan keperluan penghuninya dan membantu mereka menikmati lebih banyak momen bermakna.

LG ThinQ Jadi Penghubung Segalanya

Di sebalik keseluruhan pengalaman ini ialah LG ThinQ, ekosistem pintar LG yang menghubungkan pelbagai peranti dalam satu platform.

Melalui integrasi ini, setiap peranti dapat berfungsi secara lebih intuitif dan saling berhubung untuk memudahkan rutin harian pengguna.

Daripada penjagaan pakaian sehinggalah penyediaan makanan dan hiburan keluarga, semuanya direka untuk mewujudkan pengalaman rumah yang lebih peribadi dan efisien.

Masa Depan Rumah Pintar Yang Lebih Dekat Dengan Kehidupan

Selepas beberapa jam menyelami pengalaman “Housewarming by LG”, satu perkara yang kami dapat ialah acara ini bukan tentang menunjukkan sebanyak mungkin produk kepada pengunjung.

Sebaliknya, LG membawa satu idea yang lebih besar iaitu bagaimana teknologi boleh menyokong kesejahteraan hidup melalui perkara-perkara kecil yang dilakukan setiap hari.

Dengan inspirasi gaya hidup Korea yang dibawa bersama Shin Ye Eun, “Housewarming by LG” memperlihatkan bahawa rumah pintar masa depan bukan sekadar tentang teknologi yang canggih, tetapi bagaimana teknologi tersebut mampu menjadikan kehidupan lebih mudah, selesa dan bermakna.

Mungkin itulah definisi sebenar sebuah rumah pintar yang ramai sebenarnya impikan. Nau tahu lebih lanjut lanjut mengenai produk LG, layari: https://www.lg.com/my/.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas