
Oh! Lifestyle
Ramai Lelaki Malaysia Alami Masalah ‘Tak Boleh Tegang’, Hampir 70% Jadi Punca Penceraian!
Meskipun tidak dibahaskan secara terbuka, sebenarnya dua daripada tiga lelaki di Malaysia menghadapi masalah disfungsi erektil (ED).
Memetik laporan Harian Metro, masalah ini bukan sekadar isu dalaman seseorang tetapi ianya sudah menjadi satu penyakit serius yang boleh meruntuhkan rumah tangga.
Ramai lelaki Malaysia hadapi ED, tapi malu nak cari rawatan

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, memaklumkan kajian dari Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan sebanyak 31.6 peratus lelaki Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami ED pada tahap sederhana hingga teruk.
Jelas beliau, masalah disfungsi erektil ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi cukup lama untuk membolehkan hubungan seksual yang memuaskan.
ED adalah satu isu yang agak kurang dibincangkan, tetapi penyakit yang semakin boleh dianggap serius dalam kalangan lelaki di Malaysia, dengan angka menunjukkan 69.5 peratus lelaki berusia 40 tahun ke atas mengalami ED.
Datuk Lukanisman turut berkongsi bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja melancarkan Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) untuk pengurusan ED.
ED boleh jejas rumah tangga, jangan malu dapatkan rawatan!

Tujuannya adalah untuk pastikan para pengamal kesihatan mampu memberi rawatan yang terbaik, lengkap dengan ilmu dan kemahiran terkini.
CPG ini sudah dibangunkan dalam tempoh beberapa tahun dan juga kita sudah menyerahkan CPG ini kepada pihak klinikal, universiti dan persatuan untuk dijadikan satu panduan kepada bagaimana rawatan komprehensif untuk masalah ED ini.
Yang lebih mengejutkan, Datuk Lukanisman dedahkan hampir 70 peratus masalah ED menjadi punca kepada penceraian. Oleh itu, beliau menyeru agar individu yang mengalami ED untuk tidak malu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan KKM.
Saya tegaskan ED ini adalah satu penyakit yang perlu dirawat seperti kencing manis, darah tinggi atau kolesterol, jangan jadikan ubat-ubat (di platform e dagang) untuk merawat ED ini sebagai enhance kepada prestasi ataupun stamina seksual lelaki.
Tambah beliau lagi, pihak KKM melalui Bahagian Farmasi kini bekerjasama dengan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok untuk memantau dan melarang penjualan ubat ED yang tidak sah dan berisiko.
Pssttt! Kalau ada masalah, jangan tunggu sampai melarat. Masalah disfungsi erektil bukan lagi isu yang perlu disimpan diam-diam. Dapatkan rawatan segera!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
