Oh! Lifestyle
Patutlah Ramai Nak Tahu! LG Dedah ‘Rumah’ MINHO SHINee, Rupanya Ini Rahsia Gaya Hidup Aktif Idola K-Pop Tu
Kalau korang peminat SHINee, mesti kenal dengan MINHO yang terkenal dengan imej aktif, suka bersukan dan sentiasa penuh bertenaga. Pernah tak terfikir macam mana agaknya rutin harian MINHO bila berada di rumah?
Buat pertama kalinya, peminat di Malaysia kini boleh ‘mengintai’ inspirasi kediaman idola K-pop itu menerusi Korean Housewarming by LG, kempen terbaru LG Electronics (LG) yang membawa pengalaman gaya hidup Korea terus ke rumah rakyat Malaysia.
Menariknya, kempen ini bukan sekadar mempamerkan peralatan elektrik. Sebaliknya, ia memberi gambaran bagaimana teknologi pintar LG menjadi sebahagian daripada rutin harian selebriti Korea seperti MINHO dan pelakon popular Shin Ye Eun.
Rumah Choi Minho direka khas untuk gaya hidup aktif

Sebagai individu yang sinonim dengan aktiviti kecergasan, konsep MINHO House dibina mengikut gaya hidup sebenar penyanyi dan pelakon itu.
Daripada selesai berlari, bersenam hinggalah menikmati waktu rehat selepas jadual yang padat, setiap ruang di rumahnya dilengkapi teknologi pintar LG yang membantu menjadikan rutin harian lebih mudah dan selesa.

Antaranya termasuk LG WashTower™, LG Styler, LG CordZero™ dengan All-in-One Tower serta penyaman udara AI yang memastikan kediaman kekal bersih dan nyaman. Di dapur pula, LG InstaView™ Refrigerator dan LG NeoChef™ Microwave Oven memudahkan penyediaan hidangan sihat untuk menyokong gaya hidup aktif Minho.
Apabila tiba masa untuk berehat, ruang tamunya dilengkapi LG OLED evo AI TV, Micro RGB TV dan sistem audio xboom, menjadikan pengalaman menonton dan mendengar muzik terasa lebih mengasyikkan.
Kalau SHIN YE EUN pula, suasananya lebih tenang

Berbeza dengan Minho, konsep SHIN YE EUN House mengetengahkan kediaman yang lebih damai dan menenangkan.

Setiap ruang direka untuk memberikan keselesaan maksimum menerusi penggunaan LG PuriCare™ Dehumidifier, LG PuriCare™ AeroBooster Air Purifier, LG WashTower™ dan LG Styler, sekali gus menjadikan rutin harian lebih mudah serta memberi ruang untuk berehat dengan lebih berkualiti.
Peminat MINHO & SHIN YE EUN, jangan lepaskan peluang ni!
Kalau korang teruja nak lihat sendiri bagaimana MINHO dan SHIN YE EUN menjalani kehidupan harian dengan bantuan teknologi pintar LG, jangan lepaskan peluang menyertai pertandingan “Watch & Win” yang berlangsung dari 15 Julai hingga 15 Ogos 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, LG Malaysia akan berkongsi siri video eksklusif yang menampilkan kedua-dua bintang Korea ini di Facebook, Instagram dan TikTok. Peserta hanya perlu menonton siri tersebut, menjawab beberapa soalan mudah dan berkongsi produk LG K-House kegemaran beserta alasannya untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Menurut Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi, kempen ini membuktikan bahawa teknologi bukan sahaja menjadikan rumah lebih pintar, malah membantu memenuhi keperluan gaya hidup sebenar pengguna.
Jadi, kalau selama ini korang hanya tengok MINHO dan SHIN YE EUN di kaca TV atau drama, kali ini korang pula berpeluang menyelami inspirasi gaya hidup mereka dari sudut yang lebih dekat.
Untuk lihat produk terkini layari: https://www.lg.com/my/.

