Connect with us

Oh! Media

“Atau Sekadar Wayang Bermuka-Muka” – Pengerusi DAP Shah Alam Persoal Pendirian Akmal Saleh Isu Jalur Gemilang

Ohmedia pengerusi Dap Shah Alam

Oh! Negara

“Atau Sekadar Wayang Bermuka-Muka” – Pengerusi DAP Shah Alam Persoal Pendirian Akmal Saleh Isu Jalur Gemilang

Shakir Ameer persoal pendirian Akmal Saleh isu Jalur Gemilang ‘cacat’ di Terengganu.

Isu Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu nampaknya masih belum reda apabila Pengerusi DAP Shah Alam, Muhammad Shakir Ameer tampil mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

BACA: MB Terengganu Ulas Isu Jalur Gemilang Tanpa Bulan Dan Bintang Di Dataran Batu Buruk

Dalam satu perkongsian di Facebook, Shakir membangkitkan semula kontroversi Jalur Gemilang di Kepala Batas tahun lalu dan membandingkannya dengan insiden terbaharu di Terengganu.

IKLAN

Shakir persoal reaksi berbeza dalam isu Jalur Gemilang

Menurut Shakir, insiden di Kepala Batas sebelum ini tercetus selepas sebuah video tular memaparkan seorang pekerja memasang Jalur Gemilang.

Katanya, akibat klip yang dipotong, bendera berkenaan telah disalah anggap sebagai terbalik hingga mencetuskan kontroversi besar.

Kredit Facebook Shakir Ameer

Shakir mendakwa, perkara itu akhirnya menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakyat biasa untuk mengibarkan bendera negara kerana bimbang kesilapan atau salah faham boleh bertukar menjadi isu politik.

Menurutnya lagi, keadaan itu menjadi permulaan kepada budaya ‘politik sentimen’ yang didakwa meracuni masyarakat hari ini.

Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang di Kuala Terengganu

Dalam masa sama, Shakir turut mempersoalkan reaksi Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh terhadap insiden Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang yang berkibar di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Shakir berkata, di situlah terletaknya persoalan besar apabila semangat mempertahankan maruah bendera dilihat tidak sama seperti sebelum ini.

Tambahnya, rakyat Malaysia tidak boleh terus menutup mata dan perlu menilai sama ada sesuatu perjuangan itu benar-benar berpaksikan maruah negara atau sekadar bermotifkan politik.

Sebelum ini, Oh! Media melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan insiden Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang itu dipercayai tidak disengajakan dan disifatkan sebagai kes terpencil.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Lizan Che Mat pula dilaporkan menjelaskan lambang bulan dan bintang pada bendera tersebut dijahit secara berasingan, namun bahagian itu tercabut selepas kawasan berkenaan dilanda angin kencang.

Pihak MBKT juga telah mengambil tindakan segera dengan menurunkan bendera yang rosak dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas