Oh! Artis
“Cantiknya Bila Berhijab” – Penampilan Zahirah Macwilson Pakai Tudung Curi Perhatian Ramai
Zahirah Macwilson pakai tudung ketika di Bali raih pujian. Netizen doa agar terus istiqamah.
Pelakon cantik, Zahirah Macwilson mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa foto terbaharu di Instagram ketika berada di Bali, Indonesia.
Apa yang membuatkan perkongsian itu menjadi bualan adalah penampilan Zahirah yang dilihat manis mengenakan tudung, sekali gus menerima banyak pujian daripada rakan artis dan netizen.
Zahirah Macwilson tampil manis berhijab
Menerusi hantaran tersebut, Zahirah berkongsi beberapa keping gambar sekitar percutiannya di Bali dengan kapsyen ringkas namun sweet.
Dalam kapsyen sama, Zahirah turut memaklumkan foto pasangan mereka dirakam oleh anaknya, Isaac.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat meninggalkan kata-kata manis buat Zahirah. Rata-rata peminat turut mendoakan agar Zahirah terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam apa juga fasa kehidupan yang sedang dilaluinya.

