Connect with us

Oh! Media

PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke Dijangka Berdepan Laluan Sukar Pertahan Chennah

Ohmedia anthony loke prn

Oh! Negara

PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke Dijangka Berdepan Laluan Sukar Pertahan Chennah

PRN Negeri Sembilan dijangka sengit apabila Anthony Loke diramal berdepan cabaran besar mempertahankan DUN Chennah.

Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan kali ini dijangka berlangsung lebih sengit apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dijangka berdepan cabaran besar untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Chennah.

Analisis yang dikongsikan Profesor Adjung Universiti Taylor’s, Dr Ong Kian Ming turut meramalkan persaingan kali ini mampu mengubah landskap politik negeri itu, termasuk peluang BN dan PN membentuk kerajaan negeri.

Chennah jadi tumpuan di PRN Negeri Sembilan

Kredit Foto Facebook Anthony Loke

Menurut Kian Ming, DUN Chennah merupakan antara kerusi paling sukar diramal kerana mempunyai 47.8 peratus pengundi Melayu selain dipengaruhi sentimen anti-DAP dan anti-PH dalam kalangan sebahagian pengundi Melayu.

IKLAN

Beliau turut mengunjurkan kerjasama BN dan PN berpeluang membentuk kerajaan negeri dengan memenangi antara 23 hingga 25 daripada 36 kerusi DUN, manakala PH dijangka memperoleh antara 11 hingga 13 kerusi. PKR pula diramal hanya memenangi satu kerusi, sementara selebihnya dimenangi DAP.

PH mentadbir Negeri Sembilan selama dua penggal, iaitu dari 2018 hingga 2023 dan dari 2023 sehingga pembubaran DUN baru-baru ini.

Namun gabungan itu tidak pernah mempunyai kawalan yang benar-benar dominan.- Katanya.

Sokongan Melayu dijangka berubah

Kredit Foto Facebook Dr Ong Kian Ming

Kian Ming berkata, kerjasama BN dan PN dijangka meningkatkan sokongan pengundi Melayu melebihi 70 peratus, selain mengelakkan perpecahan undi Melayu yang sebelum ini memberi kelebihan kepada PH.

Beliau turut berpandangan penyertaan Bersatu sebagai kuasa ketiga hanya memberi kesan terhad di beberapa kerusi dan tidak dijangka mengubah keseluruhan corak persaingan pilihan raya.

Sepuluh kerusi jadi penentu

Kredit Foto Facebook Anthony Loke

Analisis itu mengenal pasti 10 kerusi sebagai kawasan persaingan sengit iaitu Chennah, Klawang, Serting, Jeram Padang, Temiang, Sikamat, Ampangan, Linggi, Sri Tanjung dan Repah.

Mengulas mengenai Chennah, Kian Ming berkata kerusi itu masih terlalu sengit untuk diramal. Menurutnya, jika BN mengumumkan John Siow akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekiranya menang, selain mengekalkan sokongan kira-kira tujuh peratus pengundi Orang Asli, gabungan itu berpotensi meraih kemenangan tipis di kerusi berkenaan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas