Connect with us

Oh! Media

Bukan Setakat Tong Gas Memasak Je, Ini Cara NGC Energy Memudahkan Kehidupan Harian Kita

Branded

Bukan Setakat Tong Gas Memasak Je, Ini Cara NGC Energy Memudahkan Kehidupan Harian Kita

Korang perasan tak, pantang ada masa lapang atau hujung minggu, mesti kita cari kafe estetik baru untuk chill dengan kawan-kawan. Tak pun, kita akan cari hotel-hotel yang best untuk staycation dan ‘me time’. 

Tapi korang pernah terfikir tak, macam mana premis-premis ini dapat mengekalkan kualiti dari segi hidangan dan keselesaan buat pengguna pada setiap hari?

Sebenarnya, ada ‘hero belakang tabir’ yang korang mungkin tak perasan telah lama memudahkan lifestyle kita, iaitu NGC Energy. 

Jom kita tengok macam mana mereka sebenarnya jauh lebih daripada sekadar “tong gas memasak” yang kita selalu nampak kat dapur tu.

Di Sebalik Kopi Panas & Pastri Menggiurkan Di Kafe Estetik

Bila kita lepak kafe, kita mestilah nak servis cepat dan makanan sampai atas meja tu perfect. Nak pastikan pastri dibakar dengan suhu konsisten atau hidangan utama dimasak sempurna, sebenarnya semua memerlukan sumber tenaga yang stabil.

Haa, dekat sinilah NGC Energy mainkan peranan mereka. Bukan setakat hantar tong gas saja tau, tapi mereka membekalkan solusi gas pukal (bulk gas) untuk restoran dan kafe kegemaran korang supaya dapur komersial mereka boleh beroperasi tanpa gangguan waktu peak hours.

Secara tak langsung, merekalah yang memastikan makanan kegemaran korang dimasak sempurna!

Pengalaman Staycation Yang Selesa & Sempurna

Selain cafe hopping, staycation pun adalah aktiviti yang agak kerap orang lakukan, dan pernah tak korang tertanya-tanya, macam mana hotel-hotel ini boleh memastikan bekalan air panas sentiasa ada untuk ratusan bilik secara serentak? 

Ataupun, macam mana makanan di bufet hotel ni sentiasa dihidangkan dalam keadaan panas? 

Haa, dekat sinilah sebenarnya NGC Energy menyokong industri perhotelan negara! Mereka membekalkan tenaga yang dipercayai seperti sistem pemanas air dan dapur hotel yang berfungsi 24 jam tau. 

Jadi, pengalaman percutian korang akan tetap top-notch dan selesa tanpa sebarang gangguan. 

Bantu Dobi Layan Diri Untuk Siapkan Pakaian Bersih & Kering 

Zaman sekarang ni, ramai lebih prefer untuk basuh baju dekat kedai dobi layan diri berbanding di rumah sebab cepat dan senang betul tak? Masuk pakaian, tunggu dalam sejam macam tu, dah siap kering dan wangi. 

Tapi, pernah tak korang terfikir macam mana baju korang boleh kering dengan elok? Kalau nak tahu, mesin pengering di dobi komersial ni memerlukan tenaga haba yang tinggi dan konsisten tau. 

Dobi komersial seperti dobi layan diri akan menggunakan tong gas silinder bersaiz 50kg atau 14kg atas faktor ruang yang terhad. 

Jadi, sebenarnya tenaga haba tersebut dibekalkan oleh NGC Energy sebagai solusi tenaga untuk kedai-kedai dobi dalam kejiranan kita. 

Menjadikan Rumah Lebih ‘Smart’ & Mesra Alam

Bukan setakat untuk bisnes luar saja, NGC Energy ni pun ada pelbagai solusi untuk kediaman korang juga. 

Kalau korang ada pelan nak buat rumah konsep minimalist atau smart home, mereka ada kepakaran untuk memastikan sistem tenaga di rumah korang lebih kemas, selamat dan seamless.

Selain itu, sejajar dengan gaya hidup moden yang mementingkan kelestarian ni, NGC Energy kini turut menawarkan solusi tenaga solar untuk rumah korang tau! 

Jadi, dengan adanya solusi ni, ia berpotensi untuk mengurangkan lagi penggunaan elektrik, dalam masa menyokong gaya hidup yang lebih lestari. Barulah lifestyle korang dikira up-to-date dan bijak. 

NGC Energy Kini Lebih Daripada Sekadar LPG

Sekarang korang dah tahu kan yang NGC Energy hari ini bukan lagi sekadar menyediakan gas memasak saja. 

Daripada sekecil-kecil secawan kopi di kafe, keselesaan hotel mewah sampailah ke sistem tenaga solar di bumbung rumah, NGC Energy sentiasa ada untuk menyokong kehidupan seharian kita dalam pelbagai cara yang kita tak pernah terfikir pun sebelum ni. 

Nak tahu macam mana NGC Energy boleh mudahkan lagi gaya hidup atau bisnes korang menerusi solusi tenaga pintar? 

Layari laman web rasmi di NGC Energy untuk maklumat lanjut. Jangan lupa juga untuk follow media sosial NGC Energy supaya korang tak terlepas sebarang update menarik dan tips gaya hidup pintar!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas