Connect with us

Oh! Media

Kediaman Mewah Cristiano Ronaldo Di Manchester Dijual RM27.9 Juta

Ohmedia cristiano ronaldo house for sale

Oh! Lifestyle

Kediaman Mewah Cristiano Ronaldo Di Manchester Dijual RM27.9 Juta

Kediaman mewah Cristiano Ronaldo di Cheshire kini dijual RM27.9 juta dengan fasiliti eksklusif.

Peminat Cristiano Ronaldo yang memang follow perjalanan kariernya di Manchester United mungkin akan rasa teruja dengan berita ni. Bekas kediaman mewah Cristiano Ronaldo berhampiran Manchester kini sudah dibuka untuk jualan.

Rumah yang terletak di Cheshire itu ditawarkan pada harga AS$6.6 juta atau sekitar RM27.9 juta. Bukan rumah biasa-biasa, kediaman ini pernah menjadi tempat tinggal bintang Portugal itu ketika beraksi bersama Manchester United.

Rumah Cristiano Ronaldo sangat luas

Kredit Foto Cottages Gardens
Kredit Foto Cottages Gardens

Kediaman mewah Cristiano Ronaldo ini terletak di atas tanah seluas 9.3 hektar. Dari segi reka bentuk, rumah ini menampilkan seni bina moden dengan gabungan elemen batu, bata dan kaca.

IKLAN

Konsep itu membuatkan kediaman berkenaan nampak megah, eksklusif dan cukup privasi. Tingkap kaca dari lantai hingga siling pula membenarkan cahaya semula jadi masuk ke setiap ruang rumah.

Reka bentuk rumah ini juga menghubungkan bahagian dalam dan luar dengan lebih lancar. Memang nampak macam rumah yang dibuat untuk hidup selesa, bukan sekadar untuk nampak mewah semata-mata.

Fasiliti mewah serba lengkap

Kredit Foto Cottages Gardens
Kredit Foto Cottages Gardens
Kredit Foto Cottages Gardens
Kredit Foto Cottages Gardens

Antara kemudahan yang ada di kediaman ini ialah kolam renang tertutup, pawagam persendirian, bilik simpanan wain dan gimnasium. Rumah ini turut dilengkapi gelanggang padel serta ruang khas untuk menerima tetamu.

Bahagian belakang rumah pula dihiasi landskap cantik dengan teres batu yang luas. Ada juga beberapa ruang santai dan meja makan luar yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga atau rakan.

Lebih menarik, taman di sekitar rumah ini dijaga rapi dan mengelilingi kolam hiasan lengkap dengan air terjun kecil. Suasananya memang nampak tenang, eksklusif dan jauh daripada hiruk-pikuk luar.

Pssttt! Kalau korang peminat Ronaldo, dapat tengok bekas rumah dia pun dah cukup buat rasa kagum. Tapi pada masa sama, kediaman mewah Cristiano Ronaldo ini juga tunjuk betapa besarnya nilai hartanah eksklusif bila digabungkan dengan lokasi, privasi dan sejarah pemiliknya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas