Oh! Travel
Villa Ala Resort Di Port Dickson, Buka Pintu Bilik Terus Nampak Kolam Renang!
Villa Ola Mutiara Port Dickson ada kolam, 5 bilik, halaman luas dan hanya 3 minit berjalan kaki ke pantai.
Kalau tengah cari tempat bercuti yang tak jauh dari Kuala Lumpur tapi tetap rasa macam staycation ala resort, Villa Ola Mutiara Port Dickson ni memang boleh masuk dalam wishlist.
Terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, villa ini sesuai untuk percutian keluarga besar, gathering kawan-kawan atau company retreat sebab ruangnya luas dan boleh memuatkan sehingga 20 orang.
Bilik selesa, kolam renang betul-betul depan bilik
Antara tarikan utama Villa Ola Mutiara ini mestilah kolam renangnya yang terletak betul-betul di depan bilik. Buka pintu je, terus nampak kolam.
Villa ini mempunyai lima bilik tidur dengan katil Queen dan setiap bilik turut dilengkapi bilik air sendiri. Jadi, walaupun datang beramai-ramai, tetamu masih boleh dapat privasi dan keselesaan masing-masing.
Ruang dalaman yang moden dan kemas
Ruang dalamannya pula nampak moden dan kemas, siap dengan ruang tamu luas, dapur memasak, meja makan besar dan susun atur yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan.

Bukan itu je, villa ini juga mempunyai halaman yang luas untuk buat macam-macam aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan atau team office.
Nak buat sukaneka kecil, aktiviti santai, lepak petang atau sesi BBQ waktu malam pun memang sesuai.


Selain boleh mandi kolam, Villa Ola Mutiara turut menyediakan set karaoke untuk tetamu yang nak berhibur bersama keluarga atau rakan-rakan.
Untuk anak-anak dan orang dewasa yang suka gaming pula, villa ini turut menyediakan PS5 sebagai pilihan hiburan tambahan. Siap ada man cave! Jadi tak ada lah bising bila main tak ingat dunia tu.

Kalau nak aktiviti indoor, jangan risau sebab ada juga permainan seperti carrom, Saidina, Uno, catur dan macam-macam lagi.

Paling menarik, villa ini juga dekat dengan pantai. Dari Villa Ola Mutiara, tetamu hanya perlu berjalan kaki kira-kira tiga minit sahaja untuk ke Pantai Dickson.
Jadi, lepas puas mandi kolam di villa, boleh sambung ambil angin laut atau jalan-jalan santai di tepi pantai.
Harga penginapan di villa ini bermula dari RM1,800 sahaja, bergantung kepada tarikh dan tempahan.
Bagi yang berminat, Villa Ola Mutiara terletak di Ola Mutiara 3810, Jalan Siakap 1, Taman Pantai Dickson, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 011-63080801.

