Oh! Arena
Lionel Messi Sukar Terima Kekalahan, Bangga Argentina Ke Final Piala Dunia Dua Kali Berturut-Turut
Walaupun kalah, Lionel Messi tetap berbangga dengan Argentina.
Bukan mudah untuk menerima kekalahan, lebih-lebih lagi apabila sudah memberikan segala-galanya di pentas sebesar Piala Dunia.
Itu yang dirasai bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi apabila tampil meluahkan rasa sedih selepas pasukannya tewas ketika menentang Sepanyol.
Messi akui luka kekalahan sukar untuk ditutup
Menerusi satu hantaran di Instagram, Messi berkata rasa sakit yang dirasainya terlalu dalam dan tidak mudah untuk menutup luka kekalahan tersebut.
Namun di sebalik kekecewaan itu, pemain tersebut tetap mahu mengingati perkara baik yang telah dilalui bersama pasukan Argentina.

Menurut Messi, antara perkara yang akan terus kekal dalam ingatan ialah bagaimana pasukan Argentina bangkit dalam beberapa perlawanan dengan memberikan segala-galanya di atas padang.
Katanya, sokongan seluruh negara bersama usaha keras kumpulan itu telah membawa Argentina sekali lagi berada dalam kelompok terbaik dunia.
Bangga Argentina ke final Piala Dunia dua kali berturut-turut
Dalam hantaran sama, Messi turut berkata buat masa ini sukar untuk menilai apa yang telah dilakukan oleh pasukannya.
Bagaimanapun, beliau tetap mengakui pencapaian Argentina mara ke dua final Piala Dunia secara berturut-turut adalah sesuatu yang besar.
Dalam masa sama, Messi turut mengucapkan tahniah kepada Sepanyol atas kejayaan mereka merangkul kejuaraan tersebut.

