Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Petua Yang Anda Boleh Cuba Jika Mengalami Masalah Hidung Tersumbat

tersumbat

Oh! Lifestyle

Ini 5 Petua Yang Anda Boleh Cuba Jika Mengalami Masalah Hidung Tersumbat

Bagi korang yang sentiasa mempunyai masalah hidung yang tersumbat sudah pasti akan letih kerana terpaksa sedut atau hembus hingus.

ADVERTISEMENT

Selain dari ambil ubat-ubatan korang boleh juga mencuba beberapa petua ini dengan hanya menggunakan air dan minuman.

Punca hidung tersumbat yang anda perlu tahu

Punca masalah hidung tersumbat terjadi gara-gara hingus yang terkumpul dan terperangkap di dalam hidung seterusnya akan membuat anda tidak selesa.

Jangkitan seperti selesema, flu, sinusitis atau alergi merupakan antara faktor utama masalah ini berlaku. Dalam masa yang sama, ia turut menjadi tanda tubuh badan sedang melawan virus.

Berikut adalah beberapa petua yang korang boleh cuba jika hidung tersumbat.

Petua hidung tersumbat yang anda boleh cuba

  • Teh halia

tersumbat

Ini merupakan antara petua yang paling popular dan boleh korang cuba iaitu minum minuman yang telah direndamkan dengan herba halia. Agar ia lebih sedap dan segar, air teh merupakan pilihan yang paling sesuai.

Malah, rempah ini mengandungi sifat antiradang dan antibakteria yang tinggi lantas akan membantu meredakan gejala hidung tersumbat, terutama jika ia diambil dengan lebih kerap.

  • Air pudina

Daun pudina boleh dijadikan minuman kerana memberikan efek segar gara-gara kesan mentol yang hampir serupa seperti anda mengambil gula-gula lozeng untuk sakit tekak di pasaran.

tersumbat

Untuk pengetahuan korang, daun pudina memiliki sifat antioksidan dan antimikrob yang juga tinggi.

Kedua-duanya ini mampu membantu korang melawan masalah hidung tersumbat selain meningkatkan sistem imun tubuh badan.

  • Madu

tersumbat

Madu asli merupakan ubat tradisional yang sedap dan sihat dalam membantu merawat masalah kesihatan termasuk hidung tersumbat, kerana ia memang sarat dengan sifat antimikrob serta antiradang.

Tambahan,korang juga boleh menjadikan ia sebagai sapuan pada roti atau mencampurkan ia ke dalam minuman seperti teh atau air suam.

  • Sup ayam

Sebenarnya, pengambilan sup ayam ini amat popular dalam kalangan individu yang sedang sakit. Ini kerana sup hangat itu mampu menyegarkan kembali deria rasa dan tubuh badan.

Malah, campuran rempah-ratus seperti kulit kayu manis, jintan, lada dan macam-macam lagi juga dapat membantu mencairkan lalu menyingkirkan hingus yang tersumbat dalam hidung.

  • Air nanas

Buah nanas mempunyai kandungan bromelain yang tinggi dan ia adalah enzim yang dipercayai mampu membantu mencegah lendir berlebihan dalam hidung.

Dalam pada itu, nanas bukan sahaja boleh dibuat dalam bentuk jus tetapi boleh juga dimakan seperti biasa untuk menyembuhkan gejala hidung tersumbat.

Kredit: HelloDoktor

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kalau korang masih batuk and dah cuba macam-macam ubat maybe korang boleh try cara ni pulak #sarsi#ubat#batuk#tradisional#ohlifestyle#ohmedia

♬ Japanese-style dramatic piano song – スタジオ Music Rabbit

  • tersumbat
  • tersumbat

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas