
Branded
Bila Badan Rasa ‘Off’ Tapi Tak Tahu Kenapa? Ini Tips Jaga Diri Bila Simptom Ringan Mula Datang
Pernah tak korang bangun pagi dan tiba-tiba rasa perut tak selesa, rasa macam nak muntah, atau perut kembung semacam?
Lepas tu tambah pulak dengan hidung tersumbat, tekak rasa gatal, dan badan mula rasa tak bermaya.
Nak kata demam… tak juga. Tapi nak kata sihat pun memang jauh sekali. Bila keadaan ni datang, ia bukan sekadar “biasa je”—sebenarnya badan kita tengah bagi hint: “Hello, aku penat. Tolong bagi perhatian sikit!”
Kadang-kadang, simptom ringan macam ni lah yang kita terlepas pandang. Tapi kalau tak jaga awal, boleh drag sampai seminggu tak produktif langsung. Melepek seharian tak boleh buat kerja.
Simptom Ringan Yang Ramai Sering Terlepas Pandang
Sakit Perut
Pernah tak alami perut memulas, rasa mencucuk atau senak tiba-tiba? Sakit ini kadang-kadang datang lepas makan, kadang-kadang tak tentu masa. Mungkin yang anggap sakit ini benda biasa dan mengabaikannya kerana akan hilang sendiri.
Loya
Rasa loya ini seperti rasa tak lalu makan, perut berombak sekali dengan macam nak muntah. Kebiasaannya menjadi makin teruk kalau tengah travel, cuaca panas atau stress.
Perut Kembung
Perut kembung terjadi apabila perut rasa penuh tapi walaupun sendawa pun masih tak melegakan. Bila perut kembung macam ni, nak duduk lama pun jadi tak selesa.
Simptom Selsema Ringan
Simptom ini terjadi dengan hidung yang mula berair beserta bersin-bersin. Tekak pula rasa kering dan gatal, kadang rasa nak batuk. Memang tak selesa.
Badan Lesu & Mood Swing
Bayangkan dah tidur cukup 7 hingga 8 jam tapi badan tetap rasa lemah. Ini menyebabkan mood senang untuk rasa annoyed serta susah nak fokus untuk kerja atau urusan harian.
Self-Care Hack: Bila Badan Bagi ‘Warning’, Ini Yang Boleh Korang Buat
Untuk melegakan badan, ikuti beberapa self-care hack ini yang berkesan untuk melawan simptom-simptom ringan berkenaan.
Rehat Sekejap & Minum Air Suam
Kadang 10 minit pun cukup untuk reset badan dan minda yang berkemungkinan penat seharian bekerja.
Elakkan Makan Berat & Berminyak Dulu
Ketika perut yang sedang sensitif, cuba makanan yang ringan & mudah hadam bagi mempercepat proses penghadaman.
Sokong Badan Dengan Bahan Semula Jadi
Herba seperti halia, madu & mint dah lama digunakan untuk bantu redakan ketidakselesaan ringan. Tak perlu tunggu sampai demam baru nak bertindak.
Tolak Angin: Sahabat Dalam Poket Bila Badan Perlukan Bantuan Extra

Kalau korang jenis aktif dan tak suka bergantung pada ubat moden untuk masalah ringan, boleh gunakan herba tradisional macam Tolak Angin.
Formulanya dari bahan semula jadi seperti halia, madu, daun mint dan cengkih – semua ni memang terkenal bantu melegakan perut dan salur pernafasan.

Tolak Angin ini bertindak sebagai 3-in-1 Relief. Membantu untuk melegakan sakit perut, loya dan perut kembung.
Didatangkan dalam sachet kecil yang mudah dibawa, sesuai untuk travel atau standby di pejabat. Yang paling penting Tolak Angin ini dijamin HALAL & terbukti secara klinikal.
Jangan tunggu simptom jadi teruk. Badan kita bijak bila dia mula beri signal, ambil masa untuk jaga diri.
Self-care bukan bermewah, tapi tentang peka dan bertindak awal. Kalau boleh elak demam dengan cara semula jadi dan praktikal, kenapa tidak kan?
Jangan lupa follow Tolak Angin di Facebook dan Instagram untuk update terkini dan self-care hack yang lain.
