Connect with us

Oh! Media

Hijrah Ke Arah Terbaik, Ini Kelebihannya Menurut Al-Quran

hijrah

Oh! Islam

Hijrah Ke Arah Terbaik, Ini Kelebihannya Menurut Al-Quran

Hari ni Ohmedia rasa terpanggil untuk kongsikan keindahan hijrah ke arah kebaikan selepas menulis artikel tentang pelakon Lisdawati. Tapi, apakah itu hijrah?

ADVERTISEMENT

BACA: Pelakon Terkenal Empat Tahun Tak Dapat Job Selepas Berhijab, Sampai Terpaksa Gadai Harta

Pada bahasa, ia memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia lebih kepada gerakan fizikal. Kemudian, Rasulullah SAW menukarkan makna fizikal kepada maknawi seperti sabdanya yang bermaksud: “Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan larangan Allah SWT.”

Ini pula kelebihan hijrah menurut Al-Quran…

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan hijrah. Kami akan kemukakan dalil bermula dengan nas al-Quran dan kemudian diikuti dengan hadith Baginda SAW.

Firman Allah SWT:

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maksudnya: Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) – sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)” –  (Aal-Imran: 195)

Ibn Jarir al-Tabari berkata: Mereka yang berhijrah dari kaumnya di kalangan oang kafir semata-mata kerana Allah menuju kepada saudaranya di kalangan orang beriman dan mereka dikeluarkan daripada kampung halaman maka Allah janjikan balasan disisi-Nya. [Tafsir al-Tabari. Dar Hajr, 6/322]

Ibn Kathir berkata: Ini kerana mereka meninggalkan negeri syirik dan datang ke negeri iman. [Tafsir aal-Quran al-‘Azim. Dar al-Taybah, 2/191]

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (20) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُم بِرَحْمَةٍ مِّنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَّهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُّقِيمٌ (21) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. [21] Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. [22] Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar. – (Al-Taubah: 20-22)

Ibn Jarir berkata: Orang yang beriman membenarkan dengan tauhidnya. Berhijrah dan berjihad menentang orang musyrikin pada agama Allah dengan harta benda dan jiwa mereka. Itulah sebesar-besar darjat dan setinggi-tinggi kedudukan berbanding dengan hanya pemberi minum bakal haji, pemakmur Masjid al-Haram dari kalangan musyrikin. [Tafsir al-Tabari. Dar Hajr, 11/382]

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. – (Al-Nahl: 41)

Ibn Jarir berkata: Mereka yang berpisah dengan kaumnya dan meninggalkan tanah watan kerana permusuhan semata-mata kerana Allah nescaya akan ditempatkan Allah di dunia di mana mereka reda dengannya. [Tafsir al-Tabari. Dar Hajr, 14/223]

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمُ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Maksudnya: Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, sudah tentu Allah akan mengurniakan kepada mereka limpah kurnia yang baik. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurniaan. – (Al-Hajj: 58)

Ibn Jarir berkata: Mereka yang berhijrah meninggalkan tanah watan dan keluarga semata-mata mencari keredhaan Allah, mentaati-Nya dan menentang musuh-Nya. Kemudian mati terbunuh nescaya Allah rezekikan mereka pada hari kiamat dengan syurga dan rezeki yang baik atau pahala yang banyak. [Tafsir al-Tabari. Dar Hajr,16/618-619]

Firman Allah SWT:

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَن يَخْرُجْ مِن بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. – (Al-Nisaa’:100)

Ibn Kathir berkata: Ini merupakan galakan dan saranan supaya berhijrah disamping menjarakkan dari musuh Allah di kalangan musyrikin dan orang yang beriman di mana sahaja dia berada sudah pasti memperolehi tempat perlindungan.

Firman Allah SWT:

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Al-Taubah: 100)

Ibn Kathir berkata: Allah mengkhabarkan tentang keredhaan-Nya terhadap golongan terdahulu di kalangan golongan Muhajirin dan Ansar. Begitu juga golongan pengikut mereka dengan ihsan dan Allah redha dengan mereka dan menjanjikan mereka dengan balasan syurga Naim.

Kelebihan Hijrah Menurut Al-Sunnah

Antaranya:

Sabda Rasulullah SAW kepada Amru bin al-‘As RA:

أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الإِسْلاَمَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ؟ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهَا؟ وَأَنَّ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ؟

Maksudnnya: “Apakah kamu tahu bahawa Islam telah menghapuskan dosa sebelumnya? Hijrah boleh menghapus dosa semuanya? dan Haji boleh mengahapuskan dosa sebelumnya.” Riwayat Muslim (121)

Al-Imam al-Nawawi  berkata: Ini menunjukkan besarnya kedudukan Islam, hijrah dan haji. Setiap satunya boleh menghapuskan sebarang dosa yang dilakukan sebelumnya. [Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath, 2/138]

Sabda Rasulullah SAW kepada Abi Fatimah al-Dhumari RA:

عَلَيْكَ بِالْهِجْرَةِ فَإِنَّهُ لاَ مِثْلَ لَهَا

Maksudnya: “Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya.” 

Riwayat al-Nasaie (4167)

Ini menunjukkan betapa kedudukan hijrah diangkat oleh Baginda SAW seolah-olah tiada tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh golongan yang melakukan hijrah.

Sabda Rasulullah SAW:

لَمَّا سُئِل عَنْ أَفْضَلِ الإِيمانِ قَالَ: الْهِجْرَةُ

Maksudnya: Apabila ditanyakan berkenaan seafdhol iman, jawab Baginda SAW: “Hijrah” .

Riwayat Ahmad (17027)

Sabda Rasulullah SAW:

وَأَنَا آمُرُكُمْ بِخَمْسٍ اللَّهُ أَمَرَنِي بِهِنَّ، السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ وَالجِهَادُ وَالهِجْرَةُ

Maksudnya: “dan aku perintahkan kalian dengan lima perkara yang Allah perintahkan aku dengannya. Mendengar, mematuhi, berjihad dan hijrah…”

Riwayat al-Tirmizi (2863)

Kredit: Mufti Wilayah

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas