Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Tak Tahu Cara Solat Sunat Hari Raya? Ini Panduan Dari Jakim

Oh! Islam

#RENUNGAN Tak Tahu Cara Solat Sunat Hari Raya? Ini Panduan Dari Jakim

Tanpa kita sedar, hari raya Aidilfitri dah nak menjelang kurang dari dua minggu je dan mesti ramai sudah terlupa cara tunaikan solat Hari Raya ini. Ha jangan risau, Jakim dah sediakan panduan bagi individu yang tak tahu dan terlupa.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Sempat Ganti Puasa? Ini Cara Betul Bayar Fidyah

Menurut laporan eCentral, waktu solat hari raya adalah dari terbit matahari sehingga terbenam matahari dan boleh dilakukan sebelum masuk waktu zohor.

Solat hari raya Aidilfitri ini, rukun dan sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara yang ditambahkan iaitu takbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, serta tasbih di antara tiap-tiap takbir.

Cara-cara tunai solat sunat hari raya Aidilfitri

Ini adalah panduan melakukan solat sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaag atau berseorangan di masjid, surau ataupun di rumah.

Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

Rakaat pertama:

  1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa). Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat kedua:

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar).
  3. Membaca surah al-Fatihah.
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah).
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
  6. Memberi salam.

Hukum

Menurut mufti, hukum melakukan solat hari raya adalah sunat muakkad kerana Rasulullah SAW tidak pernah tinggalkan sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.

Imam Al-Nawawi berkata :

الْمَذْهَبُ وَالْمَنْصُوصُ فِي الْكُتُبِ الْجَدِيدَةِ كُلِّهَا، أَنَّ صَلَاةَ الْعِيدِ تُشْرَعُ لِلْمُنْفَرِدِ فِي بَيْتِهِ أَوْ غَيْرِهِ

Maksud: Pendapat mazhab seperti yang dinaskan di dalam kitab-kitab yang baharu kesemuanya menyatakan bahawa solat hari raya disyariatkan bagi seorang individu di rumahnya atau di tempat selainnya.

Maka berdasarkan kenyataan di atas, antara faedah yang boleh diambil adalah dua perkara iaitu :

  1. Dibolehkah bagi seseorang itu untuk melaksanakan solat hari raya secara seorang diri.
  2. Demikian juga dibolehkan untuk dilakukan solat hari raya itu di rumah atau di tempat-tempat yang lain.

Walaupun kita semua sedang seronok kita beraya, jangan lupa untuk tunaikan solat sunat pada pagi raya.

Semoga kita semua diberkati pada pagi hari raya Aidilfitri tahun ini.

Kredit: eCentral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas