Connect with us

Oh! Media

“Hukum Tetap Hukum” – Imam Muda Hassan Perjelas Isu Tutup Aurat

Aurat

Oh! Islam

“Hukum Tetap Hukum” – Imam Muda Hassan Perjelas Isu Tutup Aurat

Pendakwah bebas, Hassan Adli menjelaskan berkenaan kewajipan bagi seorang wanita beragama Islam untuk menutup aurat.

ADVERTISEMENT

Menurut Hassan, kaum wanita yang membuka tudung hanya dengan alasan tidak mahu menjadi hipokrit dan mahu menjadi diri sendiri, sebenarnya tidak akan mengubah hukum wajib itu.

Tutup aurat ini perkara wajib. Dalam apa keadaan pun, tiada alasan untuk nak kata tak wajib, sebab ia wajib. Jadi, siapa yang tidak menutup aurat itu, haram.

Memakai tudung dan menutup aurat itu wajib. Tak ada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam. Sebagai contoh juga, solat lima waktu yang hukumnya wajib dilakukan.

Jadi, kita tidak bolehlah kata, saya tak nak solat sebab tak ikhlas, tak nak solat sebab suka berjudi, tak nak solat sebab saya riak, pelbagai alasan itu tidak boleh diterima sebab hukumnya wajib. Tetap kena solat dalam apa jua keadaan dan tak alasan untuk kita tak nak buat.

Malah, pendakwah yang juga dikenali sebagai Imam Muda Hassan berkata ianya perkara yang wajib harus dibuat sama seperti kewajipan solat.

Di sini, apa-apa situasi pun tak boleh kita kata hipokrit, tak hipokrit, riak, tak riak ke sebabnya, hukum tetap hukum, wajib tetap wajib.

Aurat

Dalam pada itu, Hassan juga menyatakan jika seseorang wanita itu nak berhijrah menutup aurat, hijrah bersungguh-sungguh. Jangan lakukannya sekerat jalan kerana takut kita mempermainkan agama.

Tambahan, pendakwah itu juga berkata di dalam agama Islam tidak pernah melarang untuk berfesyen namun perlu bersederhana.

Apapun, tudung ini kalau nak berfesyen tiada masalah. Dalam Islam, tak adalah sampai tak boleh ikut fesyen langsung. Masih boleh berfesyen, tinggal lagi jangan sampai melampau-lampau. Cukup sekadar berpada-pada.

Maksudnya, selagi mana fesyen itu cukup syarat menutup aurat. Kemudian, tidak melampaui batas, pada saya ia okay lah.

BACA: PU Syed Tegur Selebriti Isu Tak Pakai Tudung Tapi Solat, Pakai Tudung Tapi Tak Solat

Terdahulu, Pu Syed pernah menegur selebriti mengenai isu memakai tudung tetapi solat ataupun memakai tudung tetapi tidak solat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Oh Makan: Ayam Pansuh Terbang Dari Sarawak

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas