Malam Lailatuqadar adalah malam yang istimewa buat umat Islam kerana adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sementara semua umat Islam sedang berpusu-pusu mengejar malam ini, masih menjadi pertanyaan adakah wanita haid juga boleh mengejar malam lailatuqadar?
Dalam perkongsian Ustaz Don di aplikasi YouTube, semua orang berhak mengejar malam lailatuqadar termasuk wanita yang sedang haid dan wanita yang keluar darah nifas.
Ustaz Don berkata ada beberapa cara untuk golongan ini boleh mendapat malam lailatulqadar dan ada hadis yang menyokong.
Daripada A’isyah R.Anha berkata
Maksud: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatuqadar. Apakah yang patut aku berdoa? Maka Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku.
Antara amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid pada malam lailatuqadar:
Perbanyakkan berdoa
Sediakan sahur
Berzikir
Tambah Ustaz itu, daripada hadis itu nabi menggalakkan bangun pada tengah malam dan berdoa dan jika malam itu jatuh pada malam lailatulqadar, maka dia dapat doa yang lebih baik dari seribu bulan.
Siapa yang berdoa pada malam lailatuqadar dan takdir dia bangun malam itu, dia mendapat malam lailatuqadar, mendapatkan kemakbulan doanya, mendapat rahmat dan barakah dan mendapat kasih sayang yang melimpah ruah daripada Allah.
Tambahnya, bagi yang berkemampuan menyediakan sahur kerana prosesnya boleh menggalakkan untuk dapat malam istimewa itu.
Golongan ini juga digalakkan berzikir dan istighfar dan amalan ini juga akan dikira sebagai mendapat malam lailatuqadar.
Jadi, marilah kita sama-sama mengejar malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini dan juga meningkatkan iman kepada Allah.