Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Batal Atau Tidak Puasa Telan Air Liur? Ini Penjelasan Mufti

Oh! Islam

#RENUNGAN Batal Atau Tidak Puasa Telan Air Liur? Ini Penjelasan Mufti

Sudah masuk hari ke-14 kita berpuasa di bulan Ramadan, tapi masih ramai yang keliru mengenai perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Sebagai contoh, batal atau tidak kalau kita telan liur?

ADVERTISEMENT

BACA: #RENUNGAN Telan Kahak Batal Puasa Ke Tak? Ini Jawapannya

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa perkara yang akan membatalkan puasa dan salah satunya adalah memasukkan air ke dalam lubang atau rongga.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan menelan air liur di dalam mulut termasuk dalam umum al-balwa iaitu perkara yang tidak dapat dielakkan dan tak batal sekiranya tidak bercampur dengan bahan yang lain.

Perbuatan ini akan jatuh dalam hukum makruh sekiranya seseorang itu mengumpulkan air liur dengan sengaja lalu menelannya.

Mufti juga menerangkan menelan air liur yang keluar dari mulut dan memasukkan semula menggunakan lidah akan membatalkan puasa.

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Adakah perbuatan menelan air liur itu dikira termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.


Definisi Air Liur

Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, air liur adalah suatu cecair dinamik yang mengekalkan rongga mulut (kedua-dua tisu keras dan lembut) dalam keadaan yang sihat. Air liur dihasilkan oleh tiga pasang kelenjar air liur utama dan juga kelenjar-kelenjar air liur kecil. Kelenjar air liur utama terdiri daripada:

  1. Kelenjar Parotid
  2. Kelenjar Submandibel
  3. Kelenjar Sublingual

Air liur mempunyai banyak peranan penting dalam rongga mulut. Ia membantu dengan proses pemakanan, pertuturan, penelanan dan juga untuk mengekalkan mulut dalam keadaan yang sihat.

Air liur juga adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan gigi. Semasa tidur, rembesan air liur adalah kurang menyebabkan mulut berbau apabila bangun tidur.

Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

Jadi, kita tidak perlu risau tentang menelan air liur ketika berpuasa kerana perbuatan ini tidak memebatalkan puasa.

Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan | Maktabah Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas