Connect with us

Oh! Media

Apa Hukum Makan Masakan Chef ‘Non-Muslim’? Ini Penjelasannya

hukum

Oh! Islam

Apa Hukum Makan Masakan Chef ‘Non-Muslim’? Ini Penjelasannya

Korang pernah tak ada perasaan ragu-ragu dengan beberapa kedai makan yang mempunyai logo halal tetapi hidangan dimasak oleh pekerja non-muslim?

ADVERTISEMENT

Kali ini kami akan kongsikan penjelasan hukum bagi umat Islam memakan makanan yang dimasak oleh pekerja non-muslim.

Soalan: Apakah hukum memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh orang bukan Islam walaupun ia berasal daripada sumber yang halal?

Menurut Mufti Wilayah Perseketuan, tiada menjadi kesalahan bagi seorang muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh bukan muslim dari susu, sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam jenis makanan yang lain kecuali sembelihan mereka.

Telah berkata Qatadah Rahimahullah:

لَا بَأْسَ بِأَكْلِ طَعَامٍ الْمَجُوسِ مَا خَلَا ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: Tidak mengapa dengan memakan makanan orang Majusi selain dari sembelihan.

Riwayat Abd al-Razzaq di dalam Musannafnya (10155)

Begitu juga yang disebutkan oleh al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah di dalam tafsirnya:

وَقَالَ أَبُو عُمَرَ: وَلَا بَأْسَ بِأَكْلِ طَعَامِ عَبَدَةِ الْأَوْثَانِ وَالْمَجُوسِ وَسَائِرِ مَنْ لَا كِتَابَ لَهُ مِنَ الْكُفَّارِ مَا لَمْ يَكُنْ مِنْ ذَبَائِحِهِمْ

Maksudnya: Telah berkata Abu Umar: dan tidak mengapa dengan memakan makanan  golongan penyembah berhala, orang Majusi dan sekalian yang tiada kitab (bukan ahli kitab) dari kalangan kuffar  selain dari sembelihan mereka.

Konklusinya, ia dibolehkan untuk seorang muslim untuk memakan makanan yang dimasak atau disediakan oleh non-muslim (bukan ahli kitab) seperti Hindu, Sikh, Budha dan selainnya selagi mana makanan itu adalah halal dan bukannya dari hasil sembelihan mereka.

Dalam pada itu, tidak menjadi masalah buat seseorang muslim itu sekiranya diajak untuk bertandang ke rumah rakannya yang bukan non-muslim lalu dihidangkan makanan untuk dimakan selagi mana ianya halalan toyyiba.

Namun begitu,  tidaklah menafikan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda memberi peringatan kepada umatnya:

لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ

Maksudnya: Janganlah kamu berkawan melainkan orang yang beriman dan  jangan biarkan makananmu dimakan melainkan orang bertaqwa.

Riwayat Abu Daud (4832)

BACA: Jakim Sahkan Restoran Nasi Ayam Claypot Didakwa Guna Rice Wine Tiada Sijil Halal

Terdahulu, tular di media sosial mengenai restoran nasi ayam claypot popular di Sri Petaling didakwa menggunakan rice wine dalam masakan.

Kredit: Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7276442222977961223?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • hukum
  • hukum

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas