Connect with us

Oh! Media

David Teo Dedah Hampir Mati Kena Santau Keluarga Terdekat

david teo

Oh! Artis

David Teo Dedah Hampir Mati Kena Santau Keluarga Terdekat

Siapa kata orang Melayu sahaja suka hantar santau? Tengok ni, orang cina pun ada hati busuk dan dengki dengan kejayaan bangsa dia sendiri tau. Tengoklah apa yang dilalui pengarah terkenal, Datuk David Teo yang hampir mati sebab disihir ahli keluarga terdekat.

ADVERTISEMENT

Perkara itu dikongsikan sendiri David Teo yang jatuh sakit pada tahun 2018 selepas seminggu bapanya meninggal dunia.

David Teo hilang semangat kerja dan rasa nak mati…

david teo

Seminggu selepas bapa meninggal dunia saya pulang ke rumah dan mula tidak boleh tidur dan darah tinggi juga naik dengan begitu mendadak.

Bayangkan saya pakai baju tebal untuk musim sejuk di tengah terik matahari dan saya tidak rasa panas langsung. Saya juga hilang semangat kerja dan sentiasa fikir mahu mati.

Tabiat David juga dikatakan berubah sehingga pernah makan 10 biji telur sepatuh masak dalam satu masa dan makan nasi sehingga jam 3 pagi.

Pekerja tegur perubahan sikap David Teo…

Disebabkan rasa tak sedap hati, David mendedahkan dia pergi berubat ke perubatan Islam selepas ditegur pekerjanya.

Ustaz yang merawat kata saya boleh mati jika tidak dirawat dengan segera. Katanya saya disihir dan terkena santau. Lintah dimasukkan ke dalam badan saya untuk buat saya sakit secara perlahan-lahan.

Selepas dirawat saya kembali sihat dan menjadi diri saya yang normal. Meskipun saya banyak menerbitkan filem seram dan mistik, inilah adalah pengalaman pertama saya hadapi sihir dan santau.

Keluarga terdekat tergamak hantar benda kotor!

Lebih mengejutkan, hasil daripada berubat itu, ustaz itu memberitahu ahli keluarga terdekat sendiri telah menghantar benda-benda kotor untuk membuatkannya jatuh sakit.

Saya ingat orang lain rupanya ahli keluarga sendiri. Patutlah semasa sakit, saya bermimpi ukiran kayu. Cuma saya sudah berjanji untuk tidak mempertikaikan lagi perbuatan dia. Hati saya sudah melepaskan apa yang berlaku.

Seram sebenarnya bila dapat tahu ada orang yang kita kenal tergamak hantar benda bukan-bukan untuk menyesatkan kita. Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas