Oh! Islam
Hukum Umat Islam Lawat Kota Al Ula Tempat Yang Dilaknat Allah SWT, Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Oleh
Baru-baru ini, kecoh mengenai seorang pelakon lelaki terkenal, Zul Ariffin yang memuat naik video dirinya ketika melawat kota Al Ula di Arab Saudi.
Perkongsiannya itu telah mengundang pelbagai reaksi dan kecaman daripada netizen kerana aktor itu telah melawat kota terkutuk berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa tempat dan kota yang sebenarnya telah dilaknat oleh Allah SWT untuk kita umat Islam menziarahinya, antaranya adalah kota Al Ula.
Tambahan, kota Al-Ula merupakan satu tempat di mana turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh yang telah ingkar dengan suruhan dan perintah Nya.
Malah, Nabi Muhammad SAW juga pernah mengelak daripada melalui kawasan tersebut kerana tempat tersebut juga digelar sebagai kota yang dilaknat.
Selain dari kota Al Ula atau nama lainnya Madain Soleh, tempat yang juga dilaknat untuk umat Islam mengunjungi adalah Negeri Kaum Ad, Laut Mati dan Laut Merah.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan mengenai isu hukum bagi umat Islam mengunjungi tempat-tempat yang telah dilaknat oleh Allah SWT.
Menurutnya, jika seseorang itu mengunjungi tempat-tempat yang dilaknat oleh Allah SWT hukumnya adalah makruh.
Tempat-tempat yang dilaknat dalam sejarah, juga Al-Quran hukumnya adalah makruh jika kita menziarahinya, contohnya bumi kaum Ad, bumi kaum Lut dari segi pandangan ulama.
Dalam pada itu, jika seseorang itu terpaksa masuk ke tempat berkenaan hendaklah masuk dalam keadaan yang takut dengan kemurkaan Allah SWT dan berasa insaf.
Dan bila kita masuk ke negeri tertentu, tempat itu, hendaklah kita masuk dalam keadaan rasa insaf dan takut pada kemurkaan Allah SWT. Dan kita kena ingat inilah kebatilan yang dilakukan oleh umat terdahulu, bukan kiat ambil jadikan keberkatan.
Sebagai umat Islam kita perlu mengambil kejadian umat terdahulu yang telah diazabkan oleh Allah SWT atas perbuatan terkutuk mereka sebagai pengajaran untuk kita tidak mengulanginya lagi.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Abdullah bin Umar RA menceritakan: (Pada tahun kesembilan hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda:
“Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebaliknya, umat Islam perlu menghindarkan diri dari melawat tempat-tempat yang dilaknat olehNya tanpa sebab yang munasabah.
BACA: Suami Tak Dapat Beri Duit Bulanan Kepada Isteri? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Sebelum ini kami ada kongsikan, penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum suami yang tidak mampu memberi nafkah atau duit bulanan kepada isteri.
Kredit: TikTok Zul Ariffin I TikTok I Harian Metro
+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.