Connect with us

Oh! Media

Makin Lama PKP, Lagi Ramai Rakyat Lapar. OPPO Sedia Bank Makanan Bantu Ringankan Beban Di Seluruh Malaysia

Bank Makanan OPPO

Branded

Makin Lama PKP, Lagi Ramai Rakyat Lapar. OPPO Sedia Bank Makanan Bantu Ringankan Beban Di Seluruh Malaysia

Kawalan yang dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik ternyata memberi impak besar terhadap pendapatan isi rumah. Lebih-lebih lagi mereka yang mengharapkan gaji harian.

Penutupan perkhidmatan bukan keperluan utama (Non-Essential Services), telah menyebabkan ramai yang terpaksa berhadapan dengan pemotongan gaji dan dibuang kerja.

Prihatin dengan nasib yang dihadapi rakyat Malaysia, OPPO membuka bank makanan di seluruh negara dengan menyediakan barangan keperluan harian bagi membantu kelangsungan hidup mereka yang memerlukan pada waktu yang sukar ini.

#OPPOCare4u berdiri teguh bersama rakyat Malaysia

OPPOCare4U

Bermula minggu ini, OPPO telah menyediakan pakej yang bentuk barangan keperluan harian di OPPO Brand Stores terpilih dan kedai-kedai yang mengambil bahagian bagi meluaskan capaian bantuan, serta memudahkan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Bukan itu saja, bagi keluarga yang tiada akses untuk ke bank makanan ini, wakil OPPO akan menguruskan penghantaran pakej terus ke rumah mereka. Ini bagi memastikan tiada siapa yang terlepas daripada mendapat bantuan.

Menurut Naib Presiden OPPO Malaysia, Garry Gong, mereka bersyukur kerana OPPO masih mampu bertahan dalam ketidaktentuan pandemik sekarang.

“Ini merupakan satu wake-up call bagi kami apabila mengetahui tentang peningkatan keluarga di Malaysia yang memerlukan bantuan makanan. Jadi kami ingin sama-sama membantu sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa. Kami juga mahu meminimumkan bilangan keluarga yang kelaparan, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Haji”

NGO bekerjasama dengaN OPPO mengagihkan bantuan

Untuk meluaskan jangkauan bantuan makanan mereka, OPPO turut bekerjasama erat dengan NGO dan perbadanan yang dibentuk khusus untuk menyalurkan bekalan makanan kepada  keluarga dan individu yang memerlukan.

Kalau korang ada kawan-kawan yang memerlukan bantuan atau korang sendiri yang memerlukan bantuan makanan ni, korang boleh terus ke OPPO Brand Stores dan kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara. 

Maklumat lanjut mengenai bank makanan dan untuk mengetahui lokasi yang berhampiran, layari https://www.oppo.com.my/page/OPPOCare4U.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas