Connect with us

Oh! Media

Peranti 5G Pada Harga Bawah RM1200? Mustahil! Peranti Storan Sehingga 128 GB Lagi!

Branded

Peranti 5G Pada Harga Bawah RM1200? Mustahil! Peranti Storan Sehingga 128 GB Lagi!

Bila sebut sahaja telefon pintar berkelajuan 5G memang terus rasa nak beli kan? Mana tidaknya, segala tugasan  yang hendak dilakukan menggunakan peranti  pasti dapat dibuat dengan pantas. Tapi bila tengok pada harga pasaran, hmm boleh rabak ‘poket’!

Baru-baru ini, OPPO melancarkan model OPPO A78 5G yang didatangkan dengan rekaan glowing, kamera dengan spesifikasi tinggi, kualiti bunyi mengagumkan serta bateri berkapasiti besar. Dengan ciri-ciri istimewa ini, pasti korang akan ‘terkejut’ bila dapat tahu harganya yang cukup berpatutan!

Sokongan Teknologi 5G

Zaman sekarang, bila nak cari telefon pintar mesti korang nak yang boleh buat all in 1 kan? Contoh macam berkomunikasi, lakukan tugasan harian dan bermain game. OPPO A78 5G merupakan telefon 5G dengan nilai terbaik dalam pasaran yang ada sekarang. 

Kuasa 5G dapat memberikan korang melakukan penstriman kandungan pada kelajuan tinggi dan bermain games dengan sangat lancar. Peranti 5G ini juga membolehkan korang untuk memuat turun atau berkongsi kandungan yang besar dengan kelajuan yang lebih pantas!

Dengan sokongan teknologi 5G, korang dah tak perlu nak bayar harga premium untuk dapatkan akses 5G pada telefon pintar korang tu! Korang pun dapat menghantar dan terima maklumat dengan kadar yang lebih efisien! Memang jauh lebih berbaloi dari teknologi 4G!

Camera 50MP Yang Merakam Setiap Detik Lebih Sempurna

Selalu benda pertama yang korang akan tengok bila dekat kedai telefon mesti check fungsi kamera kan? Haa, OPPO A78 dilengkapi dengan dual kamera 50MP + 2MP pada bahagian belakang telefon dengan jaminan ketajaman dan kualiti yang baik pada setiap gambar.

Selain itu, peranti ini juga mempunyai ciri kamera AI Retouching dan HDR Swafoto yang membolehkan korang untuk menangkap gambar dan mengubah imej tersebut lebih menarik. 

Storan Peranti Yang Lebih Besar

OPPO A78 5G terbaru ni didatangkan dengan 8GB RAM serta 128 GB ROM bagi penyimpanan fail atau video yang banyak. Peranti ini juga mampu menyokong fail SD kad sehingga 1TB! Menarik bukan?

Tak cukup lagi? Korang boleh buat penambahan sehingga 8GB RAM dengan Penambahan RAM OPPO tau! Kalau macam ni, lebih banyak aplikasi yang boleh bergerak pantas tanpa perlu buffering lagi! Memang mantap!

Pembesar Suara Dwi Stereo 

Lebih lagi, OPPO A78 5G dilengkapi dengan pembesar suara secara automatik dimana ia disesuaikan dengan kawasan persekitaran bagi mengelak bunyi lain terdengar apabila korang menonton filem atau bermain games.. 

Bateri & Pengecas Dengan SUPERVOOC

Selain ciri yang lain, peranti terbaru keluaran OPPO ni juga tidak ketinggalan dalam menyediakan jangka hayat bateri yang mencapai setinggi 5000mAh. Apabila dicas sehingga 100%, bateri ini akan bertahan selama 297 jam dalam mod standby, 22.85 jam berkomunikasi tanpa henti, tengok Youtube selama 16 jam dan main PUBG selama 7 jam!

Teknologi pengecasan pantas 33W SUPERVOOC, OPPO A78 5G boleh dicas dari hampir 0% kepada 100% dalam hanya 72 minit. Korang dah tak perlu bangun setiap malam untuk cas telefon dan tunggu sampai esok!

Dua Warna Dengan Reka Bentuk Bercahaya Dan Ringan 

Bagi edisi kalini, OPPO memperkenalkan reka bentuk OPPO Glow Design dengan dua pilihan warna iaitu Glowing Purple dan Glowing Black. Warna purple diinspirasikan oleh bunga lilac yang mekar berkembang pada musim bunga lalu diselang-seli dengan pancaran cahaya.

Warna hitam pula digabungkan dengan kaca kristal berlian untuk mendapatkan reka bentuk dengan warna seperti ‘langit malam’. Kedua-dua reka bentuk ini berukuran 7.99mm (slim body) dengan berat hanya 188g. Wow sangat!

Fuh, rasa dah panjang lebar kami share ciri-ciri istimewa OPPO A78 5G ni.. Sekarang giliran korang pula untuk rasai sendiri pengalaman menggunakan peranti teknologi 5G ni! Dapatkan sekarang pada harga RM1,099 sahaja di semua peniaga Sah OPPO ataupun beli sahaja di Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO.

Nak lagi best? Korang berpeluang untuk menikmati hadiah secara PERCUMA iaitu OPPO Band yang bernilai RM159 bila korang beli OPPO A78 5G ini di seluruh cawangan OPPO Brand Store yang berhampiran. Syoknya!

Pembelian boleh dibuat di seluruh cawangan My OPPO Space, OPPO Brand Stores, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Peniaga Sah OPPO, Peniaga Online Sah OPPO, Rakan Kongsi bagi rangkaian kedai OPPO, Rakan Kongsi E-comm dan rakan kongsi telco (Digi dan UMobile) akan dijual bermula 14  Januari 2023 .

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO A78 5G, sila layari laman web rasmi OPPO Malaysia.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas