Connect with us

Oh! Media

“Tak Sangka…”- Berakhirnya Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure & Kemunculan Rasmi Syasya Bersama Dolla

Branded

“Tak Sangka…”- Berakhirnya Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure & Kemunculan Rasmi Syasya Bersama Dolla

Di saat populariti mereka di kemuncak, pengumuman penarikan diri Syasya daripada kumpulan Dolla telah mengejutkan ramai pihak. Sehingga hari ini, tiada maklumat rasmi diterima tentang punca sebenar penarikan Syasya. 

Tapi nak buat macam mana, perjalanan karier Dolla harus diteruskan dan kita harapkan yang terbaik saja buat Syasya.

Sepanjang Ramadan lalu, rasanya korang mesti perasan yang Ohmedia ada ‘cover’ tentang Dolla dalam Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure.

Sedar tak sedar, cabaran ini tiba di penghujungnya dan kalau korang nak tau inilah video terakhir Syasya bersama kumpulan Dolla. Bermula dari Sabronzo, Tabby dan Syasya masing-masing berjaya menyelesaikan misi mereka. 

Kini tibalah giliran terakhir untuk Angel.

Hasil undian penonton dan iDolla, nampaknya Angel perlu mengemas bagasi Sabronzo dan Syasya yang nak balik beraya. Berjaya ke dia?

Ada Bungkusan Rahsia Dalam Bagasi? Apa Agaknya Tu?

Kalau korang layan kesemua video Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure, korang boleh tengok macam-macam ragam lah ahli Dolla ni. 

Sebab tu bila dah last video ni rasa sebak pula. 

Video cabaran terakhir ni menyaksikan Angel perlu melaksanakan misinya, but don’t worry guys, misi kali ni Angel tak buat sorang-sorang. Ada Tabby yang membantu, yelah ada 2 bagasi nak kemas kot.

Macam-macam benda penting diorang ‘sumbat’ tapi apapun mestilah kenalah minta approval tuan punya beg.

Tengah buat ‘spotcheck’, Sab dengan Syasya terjumpa bungkusan dalam bagasi mereka.

Dalam tu ada produk Bio-Water dari Bio-essence sebab Angel nak pastikan wajah Sab dan Syasya kekal hidrat semasa raya. Pada yang nak kulit sentiasa lembap dan sihat, ini merupakan produk yang korang MESTI MILIKI!

Bio-essence ialah jenama produk penjagaan wajah yang diketahui umum. Ia popular dan terbukti efektif sebagai solusi yang diperlukan kulit, khususnya untuk orang Asia.

Sekarang ni kan cuaca tak menentu, kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Bayangkan tengah raya makeup korang crack sebab kulit kering? Susahnya macam ni!

Tapi korang jangan risau dengan Bio-Water dari Bio-essence wajah kekal terhidrat walaupun penat beraya sepanjang hari dan terdedah kepada panas matahari.

Kalau korang pun nak pastikan kulit wajah kekal terhidrat sepanjang hari raya nanti, ikut langkah penjagaan wajah yang dikongsikan oleh Dolla seperti di bawah.

OMG!! Muka I Keringlah, Mulalah Rasa Gatal Juga! Gunalah Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica-4 Sebelum Makeup!

Pada korang yang ada kulit sensitif, kalau pakai makeup lama-lama confirm rasa tak selesa. Macam mana nak beraya sepanjang hari?

Sebab tu sebelum rutin solekan, pastikan korang guna Bio-Water Vitamin B5 Gel + Cica-4, ia merupakan serum yang membantu menenangkan kulit sensitif, mengekalkan kelembapan kulit serta menjadikan solekan tahan lama.

B5 Serum ni diformulasi dengan 5% Vitamin B5, Cica-4 dan Niacinamide yang berkesan melegakan 7 tanda kulit sensitif, termasuk kulit kering, rapuh, hipersensitif, ketegangan, kegatalan, kasar dan kemerah-merahan. 

Paling best, ia dapat membantu menguatkan penghalang kulit. Menjadikan kulit lebih cantik dan flawlesss.

Alamak! Alamak! Alamak! …… Alamak Makeup Crack Lagi? Gunalah Bio-Water B5 Moisturizing Gel

Keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menjadi salah satu punca kulit wajah menjadi kering.

Tapi jangan risau, korang boleh kembalikan kelembapan wajah dengan Bio-Water B5 Moisturizing Gel, molekul kecilnya membolehkan penyerapan pantas untuk penghidratan berpanjangan.

Gel pelembap ini mengandungi penghidrat yang diperoleh daripada sumber semulajadi – Vitamin B5 nya pula membantu mengekalkan kelembapan kulit dan memastikan kulit terhidrat secara baik. 

Penghidratan dah cukup, barulah boleh raya dengan bergaya dengan kulit wajah mulus berseri.

Lindungi Wajah Dari Sinar UVA & UVB Dengan Bio-Water UV Shield Sun Stick SPF50+ PA++++

Seronok beraya, sunscreen jangan lupa pakai bagi melindungi wajah daripada sinaran UVA & UVB.

Guna Bio-Water UV Shield Sun Stick bagi melindungi kulit daripada kesan bahaya pancaran matahari. Hadir dalam bentuk stick, ini pasti memudahkan korang nak aplikasikan pada wajah selepas menggunakan pelembap.

Paling best, sunscreen ni tidak meninggalkan white cast dan tidak rasa melekit. Kalau nak reapply semula pun tak kacau makeup raya korang. 

Teknologi Hydro-Matte yang unik pula dapat mengimbangkan minyak dan kelembapan supaya kulit korang kekal matte tanpa rasa kering dan tegang. Pergi beraya pun senang hati.

Wajah Rasa Lesu Selepas Berpeluh? Segarkan Diri Dengan Bio-Water Energizing Water

Ziarah-menziarahi dah jadi kewajiban bila tiba Syawal, jangan hilangkan mood korang dengan wajah yang lesu.

Segarkan diri dengan Bio-Water Energizing Water yang diperkaya dengan mineral dan kandungan garam yang rendah. Sangat sesuai digunakan semasa cuaca panas, yang menjadi punca kulit kering dan berminyak. 

Paling best, penggunaannya tidak terhad untuk wajah malah sesuai untuk disembur pada anggota badan dan rambut  keriting untuk menenangkan kulit secara intensif. Setiap semburan memberikan rasa sejuk dan nyaman je.

Selain tu, Bio-Water Energizing Water juga dapat membantu menenangkan kulit sensitif! 

Terima kasih Dolla kongsi tips berguna untuk pastikan kulit wajah kekal terhidrat di Hari Raya. Macam ni baru boleh Raya Da-da-da.

Serikan Syawal Dengan Raya Da-da-da With Dolla

Sekejap je rasa cabaran Bio-essence x Dolla Da-Da-Da Adventure ni. Bagi yang terlepas menyaksikan semua 4 episod, korang boleh menyaksikannya di Instagram Bio-essence.

Sambil tu raya menjelang tiba, jom ambil mood raya dengan menyaksikan lagu raya Dolla, Raya Da-da-da.

Dah ready nak glowing raya ni? Jom lakukan persiapan dari sekarang, dapatkan produk Bio-essence korang di Shopee dan Lazada.

Update terkini mengenai produk Bio-essence, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

P/S: Sungguhpun berita penarikan diri Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai, Bio-essence akan terus setia menyokong Dolla dalam perjalanan karier mereka. 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas