Branded
Tanpa Yang Lama Tiada Yang Baru, Bagaimana Pula Kalau Keduanya Digabungkan? Mesti Gempak!
Oleh
Tak nak la guna lagi barang yang atuk bagi tu, rasa macam tak matching pula nak letak kat sini.
Pernah tak korang buang sesuatu barang yang diberikan, sebab rasa barang tu dah tak in-trend dan agak ketinggalan.
Hmm.. Lain orang lain cara, korang tau tak sebenarnya dengan barang-barang warisan seperti pinggan mangkuk vintage atau perabot kayu korang boleh berikannya sedikit sentuhan moden supaya ia kekal relevan untuk terus digunakan.
Jom Oh! Media nak share macam mana korang boleh dapatkan idea nak memodenkan barang-barang warisan di rumah supaya ia kekal ‘evergreen’.
1. Pintu Lama Jadi Hiasan Dinding. Tak terfikir pun!
Bagi korang yang suka merakamkan gambar yang ‘insta worthy’, korang mesti pernah pergi ke Jalang Panggung berdekatan dengan Pasar Seni. Terdapat satu hiasan backdrop unik, di mana mereka menyusun pintu kayu yang tidak digunakan menjadi hiasan pada salah satu dinding dan pintu itu diberi sentuhan dengan cat kasar bagi kelihatan ‘hidup’ dan ceria.
Kalau rumah korang masih ada pintu atau tingkap seperti ni, korang boleh jadikan konsep di Jalan Panggung ni sebagai inspirasi korang. Tapi sebelum tu, pastikan korang selaraskan warna pintu atau tingkap kayu korang bagi memberikannya karakter. Kemudian hiaskannya sebagai backdrop ni di tempat yang tidak disangka bagi memberikan kejutan dan buat tetamu terpegun dengan kreativiti korang.
2. Cipta sudut vintage dengan dekorasi pinggan mangkuk & cawan lama
Pinggan, mangkuk dan cawan vintage tidak dinafikan sangat menarik dan mempunyai ramai peminat dan pengumpulnya. Tapi apabila terlalu lama, pinggan ini ada yang retak dan tersobek membuatnya tidak boleh terus digunakan.
Daripada korang buang begitu saja, apa kata korang jadinya sebagai perhiasan. Wujudkan satu sudut vintage di rumah di mana korang boleh menggantungkan atau menyusun barangan vintage di dinding atau rak kayu. Barulah nampak lebih style dan koleksi korang akan kelihatan ‘mahal’.
3. Kerusi rotan dengan design unik & moden. Cantiknya!
Kalau balik rumah datuk atau nenek dulu, korang ingat lagi tak, pasti akan ada satu kerusi malas yang diperbuat daripada rotan yang diletakkan di ruang tamu atau beranda rumah.
Rasa nostalgia tu membuatkan peminat rotan sanggup mendapatkannya sebagai hiasan dan perabot. Paling menarik, terdapat perabot rotan yang diberi sedikit ‘twist’ dengan bentuk yang baru. Sebagai contoh, perabot rotan dengan corak anyaman yang kami share ni. Nampak cool, pada yang sama kelihatan sangat klasik.
Bayangkan waktu hujung minggu bila korang, nak chill dan relax daripada kesibukan kerja. Duduk di perabot rotan yang diletakkan di beranda sambil menghirup secangkir Old Town White Coffee. Memang layan habislah!
4. Tukar bag vintage kepada kerusi? Wow!
Satu perkara tentang barang vintage yang kita tak boleh pertikaikan, kualitinya sangat kukuh. Malah ada yang telah berusia lebih setengah abad tapi masih boleh digunakan!
Bayangkan suitcase yang satu ketika dulu datuk dan nenek kita untuk berhijrah mencari pekerjaan di bandar atau memulakan kehidupan baru masih dalam kondisi yang baik. Lagi menarik kami menjumpai bagaimana suitcase ini diberikan sentuhan ajaib dan ditukarkan fungsinya menjadi sebuah kerusi dengan tambahan kusyen dan kaki kepadanya.
Korang kalau ada suitcase lama macam ni, bolehlah try untuk menginovasikannya supaya tetap berguna dan tidak rosak dimakan masa.
5. Hiasan besar dinding gunakan basikal dan motosikal lama. Jimat ruang!
Kalau dah minat apa saja sanggup dilakukan, untuk korang yang suka mengumpul barangan warisan daripada sesuatu zaman. Jangan jadikan rumah korang pusat pengumpulan, kerana jika barangan ini yang tidak dijaga dengan baik akan lebih cepat lusuh dan mereput. Lebih-lebih lagi untuk barangan yang diperbuat daripada besi.
Korang boleh ambil contoh daripada kedai makan ini, di mana pengusahanya merupakan penggemar barangan warisan England. Sudut kedainya kemas dihiasi dengan motosikal yang digantung pada dinding dan ada juga barangan yang disusun cantik dalam almari kaca khas.
Korang boleh jadikan ini sebagai sumber idea dengan wujudkan satu ruang di mana korang boleh menjaga barangan warisan ini dengan baik dan pada masa yang sama menjadikannya tarikan kepada orang lain.
Tanpa yang lama tiada yang baru. Macam tu juga kopi!
Kalau tadi kami dah share inspirasi dari warisan dan budaya, satu lagi yang kami nak kongsikan ialah tentang jenama OLDTOWN White Coffee . Kenapa kopi? Macam kita semua tahu kopi merupakan antara minuman kegemaran rakyat Malaysia dan OLDTOWN White Coffee, merupakan jenama kopi putih No.1 Malaysia. Wow!
Disediakan menggunakan resepi tradisi yang diturunkan dari generasi ke generasi. Kopi putih yang berasal dari Ipoh ini memberikan rasa autentik dan membuatkan sesiapa saja jatuh cinta dengan setiap hirupan.
Rasanya yang halus, aromatik dan berkrim pula memberikan kenikmatan berpanjangan dalam setiap sip. Rasa inilah yang menjadikan OLDTOWN White Coffee jenama yang kekal relevan seiring peredaran masa dan mampu memikat semua generasi tak kira tua atau muda.
OLDTOWN White Coffee Menggamit Memori Lama
Walaupun sekarang ni dah banyak kedai kopi hispter mula bertapak di Malaysia. Namun masih tiada yang dapat menandingi rasa asli OLDTOWN White Coffee telah ada lebih 2 dekad. Ini barulah betul otai masih berbisa!
Tak perlu ragu-ragu nak minum, sebab OLDTOWN White Coffee ni dijamin halal dan ada sijil perakuan dari JAKIM. Korang boleh minum tanpa was-was.
Apa yang menjadikan jenama OLDTOWN White Coffee ni berbeza dengan kopi yang lain dipasaran ialah, ia merupakan campuran 3 jenis kopi premium yang dipanggang sempurna.
Gabungan 3 jenis kopi ini menjadikan rasanya lebih eksklusif dan premium. Bagi memberikan lebih banyak pilihan buat peminat setiap kopi, OLDTOWN White Coffee 3 dalam 1 hadir dengan varian Klasik, Perisa Kacang Hazel, Extra Kaw,, 25% Kurang Gula, Kopi & Krimer dan Dengan Gula Tebu Asli.
Manakala untuk OLDTOWN White Coffee yang sedia diminum dalam tin terdapat 3 pilihan rasa iaitu Klasik, Perisa Kacang Hazel dan Karamel Masin.
Tapi bukan itu saja, OLDTOWN White Coffee sentiasa berinovasi dalam penghasilan produk mereka bagi memberikan rasa yang benar-benar diinginkan oleh rakyat Malaysia.
Seleksi tambahan OLDTOWN Nanyang Series yang hadir dengan produk Nanyang kopi putih O (dengan gula) & NanYang kopi putih O kosong .
Terdapat juga pilihan teh susu bagi mereka yang bukan penggemar kopi. OLDTOWN Milk Tea Series ada 3 pilihan yang korang boleh cuba iaitu Teh Susu Putih, HK Style Teh Susu dan Teh Tarik. Amacam banyak rupanya pilihan daripada jenama OLDTOWN ni.
Jadi kalau korang nak merasai sendiri keenakkan rasa asli OLDTOWN White Coffee ni, korang boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.