Connect with us

Oh! Media

Makan Sate, Jumpa Didi & Friends & Naik Belon Udara Panas Di Sambutan Raya Gamuda Cove

gamuda raya

Branded

Makan Sate, Jumpa Didi & Friends & Naik Belon Udara Panas Di Sambutan Raya Gamuda Cove

Tidak lengkap Syawal tanpa adanya sambutannya beramai-ramai untuk sama-sama memeriahkan, lagi istimewa Gamuda Cove pun nak jemput korang beraya!

Jadi, bagi korang yang berkelapangan, jom sama-sama memeriahkan sambutan Raya Gamuda Cove ini. Ada bermacam aktiviti menarik yang rugi kalau korang tak join nanti.

Juadah Raya disediakan

sate rendang

Kalau raya, tak ada pelbagai menu memang tak lengkap kan? Sambutan Raya Gamuda Cove ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai juadah seperti sate, rendang ayam, nasi impit dan banyak lagi hidangan disediakan. Best kan?

Tapi harus diingatkan, untuk menyertai makan-makan ini, korang kena mendaftar penyertaan menerusi link yang disediakan.

Penampilan khas maskot Didi & Friends

didi & friends

Anak-anak peminat tegar Didi & Friends? Inilah masanya bawa anak-anak mendekati dan beramah mesra dengan watak kegemaran mereka ni.

Bukan selalu boleh tengok depan-depan, selalu layan dari skrin je kan? Anak-anak pasti gembira, silap-silap tak mahu balik sebab Didi punya pasal!

Terdapat 3 sesi untuk pengunjung beramah mesra dengan Didi & Friends. Bolehlah anak-anak beramah mesra dan bergambar dengan watak animasi kegemaran mereka. Yalah, selama ni tengok dari skrin saja kan?

Peraduan mewarna

Peraduan mewarna ini terbuka untuk orang awam. Masa nilah nak tonjolkan bakat seni terpendam anak-anak.

Walaupun terbuka, peraduan ini berdasarkan siapa cepat, dia dapat join. Jadi, jangan lambat ok?

Workshop Raya

Bagi kaki kraftangan, jangan terlepas workshop Raya yang akan mengadakan kelas kraf tangan seperti  membuat ketupat felt, canting batik serta magnet tanah liat bertemakan raya.

Belon udara panas

hot air balloon

Nikmati keindahan pemandangan Gamuda Cove dan kawasan sekitar apabila korang menaiki belon udara panas ketika sambutan Raya Gamuda Cove ini nanti.

Bagaimanapun, jangan lupa untuk membuat pendaftaran sebelum menaiki  belon udara panas ini. Pengalaman ini ada slot terhad untuk pengunjung. Pendaftaran berjaya akan menerima emel pengesahan. Jadi, siapa cepat, dia dapat!

Bukan tu je, pengunjung juga berpeluang pandu uji sendiri kereta jenama Tesla yang disediakan unit pandu ujinya. Mana tahu ada rezeki nanti boleh cuba dulu kan?

raya serantau gamuda cove
north woods residences

Jom Raya Serantau dengan Gamuda Cove dan raikan Syawal bersama-sama. Butiran acara seperti di bawah:

Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)

Lokasi: Gamuda Cove Experience Gallery

Masa: 4 petang – 9 malam

Jangan lupa untuk buat pendaftaran kehadiran di SINI.

Duduk rumah sambil hadap pemandangan hutan di North Woods Residences

Dah ke sambutan raya Gamuda ni, apa kata jenguk-jenguk ke projek perumahan North Woods Residences. 

Kalau nak tahu, North Woods Residences ini adalah Servis Apartmen dengan pemandangan Hutan Simpan Kuala Langat berkeluasan 1,326 ekar. Bayangkan dari rumah pun boleh nikmati pemandangan indah, ala-ala pergi healing!

Perumahan ini berkepadatan rendah dan paling penting mempunyai akses terus ke Cyberjaya Link dan Lebuhraya ELITE.

Kemudahan di kawasan sekitar termasuklah fasiliti kesihatan iaitu Hospital Putrajaya, hiburan (D’Pulze, Mitsui Outlet Park), pendidikan (Multimedia Universiti, Xiamen University Malaysia, MAHSA University) serta rekreasi (Paya Indah Discovery Wetlands, Hutan Simpan Kuala Langat)

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke Gamuda Cove Experience Gallery atau klik DI SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas