Connect with us

Oh! Media

Sukan SEA Filipina 2019 – Peluang Terbaik Pemain ESport Beraksi di Peringkat Lebih Tinggi

Branded

Sukan SEA Filipina 2019 – Peluang Terbaik Pemain ESport Beraksi di Peringkat Lebih Tinggi

Akhirnya, berita yang lama dinantikan oleh semua pemain dan peminat sukan elektronik seluruh Malaysia telah tiba. Untuk pengetahuan korang, pada tahun ini, Sukan SEA Ke-30 Filipina telah memasukkan beberapa permainan sukan elektronik untuk dipertandingkan.

Persatuan E-Sukan Malaysia (ESM) juga turut telah mengumumkan pemilihan pemain esports bagi mencari wakil negara telah bermula. Pemilihan ini juga akan dilakukan bagi Kelayakan Peringkat Negeri, Peringkat Akhir Kebangsaan dan Bootcamp.

5 permainan popular dipertandingkan

Antara permainan yang akan dipertandingkan bagi merebut 5 pingat emas di Sukan SEA Ke-30 adalah, Defense of the Ancients (DotA) 2, Starcraft II, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Arena of Valor (AOV) dan Tekken 7.

Apa yang lebih menarik, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan turut menyediakan permainan tambahan bagi pemilihan ke peringkat Kebangsaan iaitu permainan FIFA19 dan PES19 yang akan dipilih mewakili negeri ke Hari Sukan Negara.

Oh! Media sebagai Media Rasmi Negeri Sembilan Esports Championship 2019

Sebanyak 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan terlibat dalam Kelayakan Peringkat Negeri dan Oh! Media berpeluang untuk bersama-sama Negeri Sembilan Esports Champinship 2019 dan SEA Games Selection Negeri Sembilan sebagai media rasmi yang akan berkongsikan segala maklumat serta perkembangan sepanjang penganjuran ini dijalankan.

Kerjasama yang dijalinkan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan bersama-sama rakan tajaan lain akan memastikan pemilihan pemain dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Hadiah lumayan menanti pemenang 

Bagi 5 permainan yang dipertandingkan di Pemilihan Sukan SEA, pemenang akan membawa pulang medal dan tempat pertama secara automatik layak mewakili Negeri Sembilan untuk pergi ke Peringkat Kebangsaan.

Pemenang untuk Negeri Sembilan Esports Chamionship 2019 pula akan menerima wang tunai sebanyak RM350 tempat pertama, RM250 tempat kedua dan RM100 tempat ketiga. Pemenang tempat pertama bagi permainan FIFA19 dan PES19 ini akan terpilih untuk mewakili negeri ke Hari Sukan Negara.

Tempat pemilihan pemain Negeri Sembilan

  • Diadakan di KiP Mart, Senawang, Negeri Sembilan
  • 6 hingga 7 April 2019 (Sabtu dan Ahad)
  • Jam 8 pagi hingga 6 petang

Untuk pertanyaan lebih lanjut, korang boleh layari https://www.facebook.com/esportsdarulkhusus/

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas