Connect with us

Oh! Media

Branded

Red Storm, Aksi Pertempuran Sengit Pasukan Polis Elite & Kumpulan Pemerdagangan Manusia

Bagi semua kaki filem yang dah lama dahagakan filem bergenre aksi sama hebat seperti filem dari Hong Kong, RED STORM lakonan hebat Zhang Bo Nan, Henley Hill, Michael Chuah, Henry Thia, Venice Min & Tony Eusoff menjanjikan sebuah filem aksi yang hebat untuk santapan penonton di Malaysia  Filem ini merupakan pembabitan kerjasama antara 3 negara iaitu Malaysia, Singapura, dan China.

Trailer:




Genre: Aksi
Pengarah: Michael Chuah
Pelakon: Henry Thia, Michael Chuah, Henley Hii, Venice Min, Tony Eusoff
Tarikh tayangan: 28 Mac 2019

Sinopsis:

Secara ringkasnya, Red Storm mengisahkan tentang anak perempuan lelaki kaya dari China iaitu Runan yang menjadi sasaran sekumpulan geng pemerdagangan manusia. Ketika Runan berada di Malaysia, bapanya telah menugaskan Hong Peng, seorang bekas tentera dari China untuk menjadi pengawal peribadinya.

Kisah bermula apabila mereka bertemu dengan Ah Boo, seorang pegawai polis elite yang rakan sepasukannya dibunuh oleh kumpulan pemerdagangan manusia yang sama beberapa bulan sebelumnya.

Terjadinya konflik yang hebat yang membuatkan Runan berjaya diculik oleh kumpulan tersebut dan memaksa Hong Peng dan Ah Boo bekerjasama untuk menyelamatkan Runan dan seterusnya menghapuskan terus rantaian kumpulan pemerdagangan manusia ini hingga ke akar-umbi.

Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri filem RED STORM yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanahair bermula 28 Mac 2019 nanti.

Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak! | Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas