Connect with us

Oh! Media

Dicerai Melalui Whatsapp, Netizen Anggap Bekas Isteri Safee Sali Kena Kifarah Kerana ‘Menyondol’

bekas isteri safee sali

Trending

Dicerai Melalui Whatsapp, Netizen Anggap Bekas Isteri Safee Sali Kena Kifarah Kerana ‘Menyondol’

Perkahwinan 11 tahun bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan Fitria Elfina Maharip akhirnya terlerai selepas dia melafazkan cerai melalui Whatsapp pada 11 Februari lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Fitria Elfina Kongsi Video Bertengkar Dengan Safee Sali Dan Isteri Baharu

Sebelum bercerai, Fitria mendedahkan dia diabaikan Safee sejak lelaki itu berkahwin baru. Malah, dia juga sudah lebih sebulan tidak berjumpa dengan dua anak.

Dakwanya, Shanika Salsabilah dan Shania Safina telah diambil Safee pada 6 Februari lalu ketika ketiadaanya di rumah.

Masa berkenalan dengan Safee, rumahtangga sudah bermasalah

@ohmedia Memang satu kifarah la buat diri dia #safeesali #fitriaelfina #kifarah #sembangentertainment #ns ♬ original sound – Oh! Media

Pergolakan yang berlaku membuatkan netizen melabel Fitria telah menerima kifarah kerana pernah menyondol isteri pertama Safee sehingga pasangan itu bercerai.

Namun, Fitria menafikan dakwaan itu menjelaskan ketika dia berkenalan dengan Safee, rumahtangga pemain bola itu sudah dilanda masalah.

safee sali

Kata Fitria lagi, dia menangis bukan kerana berpisah dengan Safi tetapi kerana tidak dibenarkan berjumpa anak-anak.

Semenjak dia ada perempuan tu, dia nak bersama dengan saya pun dah takut-takut. 11 tahun dengan dia, tak mustahil dia pujuk tapi tak ada. Dia cakap dengan saya, “kalau you nak pergi, pergi la”. Saya dah give up, dia tak peduli saya tak telefon saya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan Fitria menyerang Safee yang kebetulan bersama isteri baru.

Fitria merayu supaya dibenarkan untuk berjumpa dua anaknya namun tak diendahkan mereka.

Kredit: Gempak | TikTok @media_penglipurlara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas