Connect with us

Oh! Media

Hukum Lelaki Memakai Inai Pada Jari

Umum

Hukum Lelaki Memakai Inai Pada Jari

ADVERTISEMENT
Soalan:
Adakah harus pada syarak seperti yang banyak berlaku sekarang ini dimana ketika berkahwin pengantin lelaki turut memakai inai berwarna merah pada jarinya?
Jawapan:
Memakai inai pada jari samada kaki atau tangan ialah perhiasan yang diharuskan bagi kaum wanita.
Manakala bagi kaum lelaki tiada harus yakni haram ia memakai inai pada jarinya samada pada kaki atau tangan dan kerana berkahwin atau tidak.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a:

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتي بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ( ما بال هذا ؟ ) فقيل : ” يا رسول الله يتشبه بالنساء ” فأمر به فنفي إلى النقيع 
“Bahawasanya Nabi saw didatangkan dengan seorang pondan yang telah menginaikan jari tangan dan kakinya. Maka bersabda Nabi saw: “Apa hal dengan lelaki ini?” Dikatakan oleh seseorang: “Wahai Rasulullah! Lelaki ini ingin menyerupai wanita.” Lalu diperintahkan dibuang daerah ke tempat bernam Naqi’.” (Hadith Abu Daud)
Berkata Imam Nawawi:
 أن الشافعي – رضي الله تبارك وتعالى عنه – نص في مختصر المزني على تحريم الحناء للرجال وتابعه عليه أصحابه رحمهم الله تبارك وتعالى
“Bahawasanya Imam Syafie r.a. telah menaskan pada kitab Muhktasar Muzani atas haram memakai inai bagi lelaki dan telah mengikutinya oleh ashabnya rahimahullah Taala.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)
Dan berkata Imam Nawawi lagi:
أما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمتزوجة من النساء: للأحاديث المشهورة فيه وهو حرام على الرجال إلا لحاجة التداوي ونحوه: ومن الدلائل على تحريمه قوله صلى الله عليه وسلم، في الحديث الصحيح: “لعن الله المتشبهين بالنساء من الرجال
“Adapun memakai inai pada dua tangan dan dua kaki maka elok bagi kaum wanita yang telah berkahwin kerana beberapa hadith yang telah masyhur padanya dan ia adalah haram atas kaum lelaki melainkan kerana tujuan berubat dan seumpamanya. Dan setengah dari dalil atas haramnya ialah sabda Nabi saw pada hadith sahih: “Allah telah melaknat lelaki yang menyerupai dengan wanita.” (Syarah Muhazzab)
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:
وأما خضب اليدين والرجلين فلا يجوز للرجال إلا في التداوي
“Dan adapun memakai inai pada tangan dan kaki maka tidak harus ia bagi kaum lelaki melainkan dalam perkara berubat.” (Kitab Fathul Baari)
Berkata Imam Suyuthi:
 وأما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمرأة المتزوجة ، وحرام على الرجل اهـ 
“Dan adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki maka disunatkan bagi kaum wanita yang sudah berkahwin dan haram atas kaum lelaki.” (Hasyiah Jamal ‘ala Minhaj)
Tersebut pada kitab I’anat At-Talibin:
 لأنه فيه تشبه بالنساء من الرجال وخضاب اليدين والرجلين بالحناء للرجل والخنثى حرام بلا عذر … 
“Kerana sesungguhnya ia adalah lelaki yang menyerupai dengan wanita. Menginaikan jari tangan dan kaki bagi lelaki dan khunsa adalah haram tanpa uzur.”
Menyebut oleh Syeikh Abdul Muhsin:
وفي بعض البلدان يخضب الرجل رجليه ويديه بالحناء في العرس، وهذه عادة سيئة؛ لأن الخضاب للنساء وليس للرجال، والحناء يجوز الرجال إذا كان في علاج، فإذا كان يعالج بالحناء فلا بأس.
“Dan berlaku pada setengah negeri dimana kaum lelaki menginaikan jari kaki dan tangannya pada hari perkahwinan. Ini adalah adat yang keji kerana berinai ialah untuk kaum wanita bukan untuk kaum lelaki. Lelaki hanya harus memakai inai ketika berubat maka berubat dengan inai itu tidak menjadi kesalahan.” (Syarah Sunan Abi Daud)
Berkata Syeikh Mubarakfuri:
 وأما خضب اليدين والرجلين فلا يجوز للرجال إلا في التداوي
”Dan adapun memakai inai pada tangan dan kaki itu tidak harus bagi lelaki melainkan pada ketika berubat.” (Tuhfatul Ahwazi)
Dan tersebut pada kitab Al-mausu’atul Fiqhiyah:
وأما الرجل فلا يجوز له أن يخضب كفيه وقدميه لأن في اختضابه فيهما تشبهاً بالنساء والتشبه بالنساء ممنوع. 
“Dan adapun lelaki maka tidak harus baginya menginaikan dua tapak tangannya dan dua kakinya kerana bahwasanya menginaikan kedua anggota itu adalah menyerupai bagi kaum wanita. Dan lelaki menyerupai wanita itu adalah dilarang.” (juz 2 m.s. 281)
Dan menyebut oleh Syeikh Ibnu hajar Al-Haithami:
 اين حجر المكي الهيتمي خضب الرجل ليديه وقدميه من كبائر الذنوب
“Memakai inai oleh lelaki pada dua tangan dan kakinya itu adalah termasuk dosa-dosa besar.” (Kitab Az-Zawajir 1/348)
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas