Connect with us

Oh! Media

Kelebihan Surah Al-Baqarah Penghalau Syaitan

Umum

Kelebihan Surah Al-Baqarah Penghalau Syaitan

ADVERTISEMENT
Soalan:
Saya kerap mendengar ustaz menyebut hadith yang mengatakan rumah yang dibaca surah Al-Baqarah tidak dimasuki olih syaitan. Mohon penjelasan adakah hadith ini sahih dan apakah maksudnya?
Jawapan:
Hadith-hadith berkenaan syaitan tidak masuk ke rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah sangat banyak dengan berbagai-bagai lafaz. Ada hadith yang sahih dan ada yang hasan dan ada yang dhaif.
Antara hadith-hadith tersebut ialah seperti berikut:
1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:

لَا تَجعَلُوا بُيُوتَكُم مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيطَانَ يَنفِرُ مِنَ البَيتِ الذِي تُقرَأُ فِيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ
“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah.” (Hadith Sahih Muslim)
2. Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya Nabi saw bersabda:

لا تجعلوا بُيُوتَكم مقابرَ فإنَّ الشيطانَ يفرُّ من البيتِ أنْ يسمعَ سورةَ البقرةِ تُقْرأُ فيه 
“Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kuburan maka bahawasanya syaitan itu lari ia dari rumah yang mendengar akan surah Al-Baqarah di dalamnya.” (Hadith Sahih Imam Ahmad)
Dan pada lafaz yang lain:

 فإن البيت الذي تقرأ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ 
“Maka sungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya akan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki oleh syaitan.” (Hadith Hasan Sahih Tirmizi)
3. Dan juga dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

لا تتَّخِذوا بيوتَكم مقابِرَ صلُّوا فيها فإنَّ الشَّيطانَ لَيفِرُّ مِن البيتِ يسمَعُ سورةَ البقرةِ تُقرَأُ فيه 

Artinya : “Jangan kamu jadikan segala rumah kamu seperti kubur. Bersolatlah didalamnya. Maka sungguhnya syaitan itu lari ia dari rumah yang mendengar surah Al-Baqarah dibacakan di dalamnya.” (Hadith Sahih Ibnu Hibban)
4. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir r.a. katanya Nabi saw bersabda:

  إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِأَلْفَيْ عَامٍ ، أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ ، وَلَا يُقْرَآنِ فِي دَارٍ ثَلَاثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ 
“Sungguhnya Allah telah menulis segala ketetapan kejadian dua ribu tahun sebelum dijadikan langit dan bumi. Dan menurunkan Dia akan dua ayat yang khatam dengan keduanya surah Al-Baqarah. Tidaklah dibaca akan kedua ayat itu di dalam rumah selama tiga malam nescaya akan larilah syaitan.” (Hadith Sahih Tirmidzi)
5. Dan dari Hasan bin Ali r.a. katanya Nabi saw bersabda:

 أفضلُ القرآنِ سورةُ البقرةِ ، وأعظمُ آيةٍ فيهِ آيةُ الكُرْسِيّ ، وإن الشيطانَ ليفِرّ من البيتِ الذي ( تُقْرَأ ) فيه سورةُ البقرةِ
“Yang afdhal daripada al-Quran ialah surah Al-Baqarah. Dan sebesar-besar ayat padanya ialah ayat Qursi. Dan bahawasanya syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah.” (Hadith Hasan Al-Hafiz Ibnu Hajar)
6. Dan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya :

 إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا وَسَنَامُ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ خَرَجَ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي يُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ 
“Sungguhnya bagi setiap suatu itu ada ketinggiannya. Dan ketinggian Al-Quran itu ialah surah Al-Baqarah. Dan bahawasanya syaitan itu apabila ia mendengar akan surah Al-Baqarah dibacakan maka akan keluar ia dari rumah yang telah dibacakan surah Al-Baqarah.” (Hadith Marfu’ Hasan Li Ghairih Tirmizi)
7. Dan daripada Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان يخرج من البيت إذا سمع سورة البقرة تقرأ فيه
“Sungguhnya syaitan itu keluar dari rumah apabila mendengar ia akan surah Al-Baqarah dibacakan di dalamnya.” (Hadith Hasan Li Ghairih Ibnu Kathir)
8. Dan dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya:

إن الشيطان يفر من البيت يسمع فيه سورة البقرة
“Sungguhnya syaitan itu lari ia daripada rumah yang mendengar ia padanya surah Al-Baqarah.” (Hadith Hasan Li Ghairih An-Nasaai)
9. Dan dari Ibnu Mas’ud r.a:

ما من بيت تقرأ فيه سورة البقرة إلا خرج منه الشيطان وله ضراط
“Tidak ada sebuah rumah yang dibaca padanya surah Al-Baqarah melainkan akan keluar dari rumah itu oleh syaitan dalam keadaan terkentut.” (Hadith Musnad Ad-Darimi)
Dan banyak lagi hadith-hadith yang tidak saya sebutkan disini.
Maksud hadith-hadith ini ialah syaitan tidak masuk atau akan lari dari rumah orang Islam yang dibaca di dalam rumah itu akan surah Al-Baqarah.
Tidak disyaratkan membaca sampai khatam bahkan memadai dengan beberapa ayat dari surah Al-Baqarah tetapi jika membacanya sampai khatam adalah lebih baik dan lebih banyak pahala.
Dan tidak disyaratkan tuan rumah yang membacanya bahkan memadai juga dibaca oleh anak isterinya atau orang lain yang tinggal di rumah tersebut.
Dan tidak disyaratkan membacanya dengan suara yang kuat bahkan memadai dengan bacaan suara yang perlahan tetapi jika dengan suara yang kuat adalah lebih elok.
Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas