Connect with us

Oh! Media

Jom Cuba Makanan Tradisional Palestin, Raya Lebih Bermakna Dengan Ayam Maqlooba dan Ayam Muskhan.

Umum

Jom Cuba Makanan Tradisional Palestin, Raya Lebih Bermakna Dengan Ayam Maqlooba dan Ayam Muskhan.

Ha pejam celik, kita dah pun sambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Semua mesti dah buntu nak hidang juadah kepada tetamu?

ADVERTISEMENT

Mesti semua dah biasa tengok makanan tradisional kita di atas meja, apa kata kita pesan makanan tradisional palestin dan hidangkan kepada tetamu?

PichaEats memastikan terdapat ledakan perisa dalam setiap suapan dan persembahan makanan yang sudah tentunya akan menarik perhatian. 

Nak tahu tak nama hidangan Palestin yang PichaEats sediakan khas untuk raya ini?

Raya lebih bermakna dengan hidangan khas Palestin!

Raya kali ini PichaEats jemput semua untuk cuba dua hidangan khas Palestin iaitu Ayam Maqlooba dan Ayam Musakhan yang pasti akan buat korang terpukau!

Di PichaEats, rakyat Malaysia dapat merasai air tangan cef asli dari Palestin yang telah gabungkan budaya dan menyajikan makanan kesukaan serta tidak lupa untuk memberikan impak di dalam suapan.

Antara sajian yang ditawarkan adalah Ayam Musakhan dan Ayam Maqlooba dan dua sajian ini biasanya dinikmati di negara Iraq, Lebanon, Palestin, Jordan dan juga Syria.

Kalau korang nak tahu Ayam Musakhan ini adalah ayam panggang yang dibungkus dengan perisa sumac lalu dihidangkan dengan lapisan roti dan bawang tumis. Rugi kalau tak cuba. 

Selain itu, Ayam Maqlooba mungkin jadi pilihan anda kerana ayamnya dimasak dengan lapisan terung, ayam, kentang, beras basmati dalam satu periuk yang akan diterbalikkan! 

Hidangan ini boleh mengimbau kenangan yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama orang tersayang. 

Cef di PichaEats bukan sahaja menawarkan pengalaman dalam menyajikan makanan lazat, ia juga menjadi salah satu usaha solidariti terhadap rakyat Palestin. 

Sambil-sambil korang nikmati sajian lazat ini, korang juga akan sumbang kepada pembinaan semula kehidupan dan masyarakat, termasuk pelarian Palestin di Malaysia. 

Haa, tunggu apa lagi, jom lah ajak ramai-ramai cuba hidangkan ini sekarang atau jadikan hidangan utama ketika raya Aidilfitri. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas