Connect with us

Oh! Media

MITI Adakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim

Umum

MITI Adakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim

Baru-baru ini, MITI telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim yang diadakan di Mamee Double Decker, Subang Jaya. Seramai 100 orang anak yatim dari Subang dan Puchong menghadiri program ini.

ADVERTISEMENT

Program ini dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan anak-anak yatim seiring dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Semasa majlis itu, Yang Berhormat Menteri MITI dan Mamee Double Decker telah menghulurkan sumbangan duit raya dan ‘goodies bag’ yang mengandungi produk-produk Mamee kepada anak-anak yatim.

Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan terhadap anak-anak yatim.

Junior Monstar Scholarship- Inisiatif Mamee Iktiraf Pencapaian Cemerlang Anak Pekerja

Tidak terhenti disitu sahaja, MITI turut umumkan pelancaran program Junior Monstar Scholarship dan menyerahkan mock cek RM50,000 kepada penerima sulung program ini iaitu pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei yang juga merupakan anak perempuan kepada Setiausaha Pengurusan Mamee Double Decker di Melaka, Jane Yeo.

Program ini diadakan sebagai satu inisiatif syarikat Mamee untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang anak-anak pekerjanya dalam pelbagai bidang termasuk akademik, seni dan sukan. 

Antara yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee, Yang Berbahagia Tan Sri Pang Tee Chew, Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mamee, Yang Berbahagia Datuk Seri Pang Tee Nam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mamee Double Decker, Yang Berusaha Encik Pierre Pang Hee Ta, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Yang Berbahagia Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Yang Berbahagia Datuk Wira Arham Abdul Rahman, disertai dengan pegawai kanan setiap agensi.

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas