Connect with us

Oh! Media

Adik Mangsa Kepala Air Luah Rasa Sebak

kepala air

Trending

Adik Mangsa Kepala Air Luah Rasa Sebak

Kegembiraan untuk berkelah bertukar duka apabila 9 sekeluarga termasuk seorang bakal menantu terlibat dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman Terengganu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Tak Kuat Yani” – 10 Sekeluarga Dikhuatiri Lemas Dibawa Kepala Air

Memetik laporan Sinar Harian, mayat mangsa pertama yang ditemui hanyut adalah si ibu bernama Azizah Eiyi berusia 40 tahun. Manakala mayat mangsa kedua adalah anak lelakinya berusia 11 tahun iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim.

Pencarian mangsa kepala air diteruskan

kepala air

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, 8 lagi mangsa yang hilang adalah bapa dan 6 anak beserta seorang lagi bakal menantu keluarga itu.

Di Facebook, adik Allahyarham Azizah iaitu Syawalluddin Eiyi meluahkan rasa sedih dengan pemergian kakak dan berharap ahli keluarga yang masih hilang ditemui selamat.

kepala air

Dia sendiri masih terkejut dan tak percaya dengan kejadian yang berlaku. Dia yang baru tiba di Melaka semalam mengetahui tragedi menimpa kakaknya apabila tular berita di media sosial.

Saya diberitahu polis datang ke rumah ibu dan ayah saya di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan untuk mengesan ahli keluarga.

Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami.

Sebelum ini mereka memang pernah bermalam di kawasan itu memandangkan abang ipar saya bekerja di sana (Terengganu).

Tak sangka pula kali ini tragedi tak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga. Saya berharap sangat dan berdoa agar masih ada yang terselamat.

Di TikTok, Syawal meraih perhatian ramai apabila memuat naik foto arwah kakaknya dan keluarga sedondon berpakaian biru cair.

Syawal memohon orang ramai mendoakan arwah kakaknya dan ahli keluarga yang lain.

hanyut
kepala air

Dalam perkembangan lain, operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang hilang di Jeram Mawar Air Putih terpaksa dihentikan lebih awal (6 petang) semalam berikutan hujan lebat di lokasi SAR.

Pihak penyelamat juga bimbang kejadian kepala air mungkin berulang dan operasi SAR disambung 8 pagi hari ini.

Kredit: Facebook & TikTok Syawal Eiyi | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas