Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Cadang Haramkan Penyokong Bakar Suar Di Terengganu Masuk Stadium

Ohmedia sultan selangor penyokong bola sepak

Oh! Arena

Sultan Selangor Cadang Haramkan Penyokong Bakar Suar Di Terengganu Masuk Stadium

Sultan Selangor kecewa penyokong bakar suar, cadang larangan masuk stadium untuk yang bersalah.

Insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu oleh penyokong Selangor baru-baru ini mencetuskan rasa kecewa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda yang juga Penaung Selangor FC tidak berkenan dengan budaya ganas yang semakin menular dalam kalangan penyokong bola tempatan, lebih-lebih lagi mereka yang pakai jersi pasukan Selangor sendiri.

Sultan Selangor tegaskan budaya samseng cemarkan nama baik pasukan

Menurut kenyataan di Facebook rasmi Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin menolak sekeras-kerasnya budaya samseng dan tidak bermoral yang dilihat makin menjadi-jadi.

IKLAN

Baginda menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri.- Titah baginda.

Baginda menitahkan agar pihak polis segera siasat secara menyeluruh dan kenal pasti dalang sebenar di sebalik insiden berkenaan. Bagi baginda, tindakan tegas perlu diambil agar perkara sama tak berulang lagi.

Hukuman berat juga diminta supaya jadi pengajaran kepada semua pihak yang mungkin berfikiran untuk buat hal macam ni lagi.

Penyokong bermasalah dicadang haram masuk stadium

Baginda turut mencadangkan agar penyokong-penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan, agar diharamkan daripada masuk ke stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu.- Titahnya lagi.

Ohmedia faham, semangat sokong bola tu lain macam bila kat stadium. Tapi jangan sampai kita rosakkan nama baik pasukan sendiri. Setiap tindakan ada akibatnya, dan kalau dah melampau, siapa pun takkan tolong.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang minat bola tu, biarlah semangat tu disalurkan dengan cara yang betul. Sayang pasukan tu tak bermakna boleh buat sesuka hati. Jaga nama baik pasukan, negeri dan diri sendiri juga.

Kredit: Facebook Selangor Royal Office
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Viral Fiqh Ramadan | Oh! Podcast Ep24

OH! MEDIA 16/02/2026 4:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas