Connect with us

Oh! Media

sheila

Oh! Artis

Sheila Berhasrat Kembali Ke Bukit Aman, Harap Netizen Tidak Salah Faham

Inspektor Sheila meluahkan hasrat untuk kembali bertugas sebagai pegawai kanan polis setelah digantung tugas pada 19 Jun lalu.

Menurut Sheila, dia mahu kembali berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk membanteras jenayah dalam kalangan masyarakat.

IKLAN

Kalau dengan izin Tuhan, saya ingin bertugas semula sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta berkhidmat untuk masyarakat bagi membanteras jenayah.

Sheila yang berkongsi mengenai hasrat itu sewaktu ditemui selepas sebutan semula kes jenayah melibatkan dirinya di Mahkamah Majistret Selayang.

Malah, Sheila atau S. Sheila Sharon berharap masyarakat tidak memandang serong terhadapnya berkaitan dengan kontroversi yang melibatkan dirinya sebelum ini.

Dalam pada itu, Sheila menyatakan dia hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan berharap masih ada harapan buatnya selepas ini.

sheila

Saya pun manusia biasa ada kekurangan serta kelemahan… Kalau diikutkan dengan kelayakan saya ini, saya boleh berkhidmat di luar negara tapi saya pilih berkhidmat sebagai polis demi mencurahkan jasa buat masyarakat.

Saya harap masyarakat jangan salah faham dan tahu niat saya yang sebenarnya.

Susulan sebutan kes itu, Timbalan Pendakwaraya Raja Anis Farhah Ahmad Hilmi dan Erneetha Kaur Beghwant Singh menyerahkan sebahagian dokumen berkaitan kes.

Malah, dokumen berkaitan rakaman video masih belum diserahkan kepada mahkamah. Tambahan, Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock telah menetapkan tarikh 22 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

BACA: Inspektor Sheila Digantung Tugas, 8 Kertas Siasatan Termasuk Tatatertib Dibuka

Terdahulu, Inspektor Sheila didakwa atas pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Kredit: mStar

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas