Connect with us

Oh! Media

Tiada Unsur Pengabaian Terhadap Zayn Rayyan, Jelas Pakar Psikologi Kanak-Kanak

Ohmedia zayn Rayyan

Oh! Tidak

Tiada Unsur Pengabaian Terhadap Zayn Rayyan, Jelas Pakar Psikologi Kanak-Kanak

Pakar sahkan tiada bukti pengabaian terhadap Zayn Rayyan dalam kes perbicaraan ibunya.

Dalam perbicaraan bela diri melibatkan ibu kepada arwah Zayn Rayyan, seorang pakar psikologi kanak-kanak tampil memberi keterangan penting yang menarik perhatian ramai.

Menurut Dr Noor Aishah Rosli, yang juga kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia, tiada sebarang elemen pengabaian dapat disimpulkan daripada situasi yang berlaku ketika kehilangan Zayn.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa pengabaian perlu dilihat secara konsisten, bukan hanya berdasarkan satu insiden semata-mata.

IKLAN

Dalam situasi itu tiada tanda pengabaian dapat disimpulkan.- Katanya.

Tiada bukti fizikal pengabaian Zayn Rayyan dalam laporan perubatan…

Adik Zayn

Dalam keterangan yang diberikan, Dr Noor Aishah menjelaskan bahawa beliau telah meneliti pelbagai laporan penting termasuk laporan polis, laporan perubatan hospital serta kenyataan daripada saksi pendakwaan.

Walaupun laporan bedah siasat menyatakan wujud kecederaan pada beberapa bahagian tubuh arwah, termasuk kepala dan telinga, tiada bukti menunjukkan arwah melawan atau menjadi mangsa pengabaian.

Tiada bukti dalam laporan tersebut yang menunjukkan arwah Zayn Rayyan adalah mangsa pengabaian.- Katanya.

Bukan semua boleh beri pandangan profesional…

Zayn Rayyan

Pakar ini juga menegaskan bahawa hanya individu yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam psikologi kanak-kanak boleh membuat penilaian dalam kes melibatkan pengabaian.

Beliau menyentuh tentang saksi pendakwaan Dr Bernice, seorang pakar pediatrik, yang turut mengakui bahawa beliau bukan pakar dalam bidang psikologi.

Yang layak memberi pandangan mengenai isu ini ialah pakar psikologi kanak-kanak seperti saya.- Jelas Dr Noor Aishah.

Kes yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ini masih berjalan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, dibicarakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 jika disabit kesalahan.

Sebelum ini, suaminya, Zaim Ikhwan Zahari telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan selepas tiada kes prima facie terhadapnya.

Kesalahan dikatakan berlaku antara 5 hingga 6 Disember 2023, sekitar Apartment Idaman hingga ke lokasi anak sungai tempat arwah ditemukan.

Pssttt! Kes ini memang cukup menyayat hati dan mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat. Tapi Ohmedia nak pesan, dalam kes melibatkan kanak-kanak apatah lagi yang ada keperluan khas, penting untuk kita faham konteks sebenar sebelum menjatuhkan hukum.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas