Connect with us

Oh! Media

“Tergamaknya Dia Ya?” – Adira Terkejut Datuk Red Tuntut RM100k Jika Mahu Batalkan Rujuk

Adira suhaimi ohmedia

Oh! Artis

“Tergamaknya Dia Ya?” – Adira Terkejut Datuk Red Tuntut RM100k Jika Mahu Batalkan Rujuk

Adira terkejut Datuk Red letak syarat melampau jika mahu batalkan rujuk.

Kemelut antara penyanyi terkenal, Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian.

Lebih mengejutkan, Adira mendedahkan satu syarat yang disifatkan tidak masuk akal dikenakan terhadapnya hanya untuk menamatkan isu pengesahan lafaz rujuk yang sedang berjalan di mahkamah.

Dituntut RM100,000 untuk batal rujuk

Adira

Adira mengakui dia tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut kerana merasakan ia tidak logik, apatah lagi dia kini perlu menanggung empat orang anak tanpa bantuan.

IKLAN

Syaratnya ialah dia meminta saya menggugurkan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutang dan nak saya beri dia wang tunai RM100,000 untuk dia batalkan rujuk ini.

Kata penyanyi ini, dia bekerja siang malam untuk membesarkan anak seorang diri tanpa menyusahkan bekas suami.

Namun, dia tidak menyangka bekas suami sanggup meletakkan syarat seperti itu.

Tergamaknya dia ya? Sanggup dia beri tuntutan terhadap bekas isteri yang bertungkus-lumus menjaga anak-anak tanpa menyusahkan dia pun sebenarnya.

Saman hutang cecah ratusan ribu

Adira Suhaimi

Dalam masa sama, Adira turut menjelaskan bahawa saman sivil yang difailkannya sebelum ini adalah berkaitan hutang yang melibatkan jumlah besar.

Untuk saman sivil itu berkenaan dengan tuntutan hutang tu, saya dah failkan tahun lepas. Tuntutan hutang ini sebenarnya adalah duit pinjaman dia selepas bercerai. Saya minta dia bayar balik. Bukan sikitlah, ratusan ribu.

Adira berkata, saman sivil itu masih dalam prosiding memandangkan nama Datuk Red dalam status bankrap. Jadi ada proses yang perlu dilalui untuk membuat tuntutan itu.

Adira juga menegaskan dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri demi menjaga keadaan, namun kini merasakan sudah tiba masa untuk bersuara.

Tak akanlah saya nak diam saja bila orang dah pijak-pijak begini.

Walaupun kes ini masih belum selesai, Adira melihat apa yang berlaku sebagai proses untuk dirinya menjadi lebih kuat dan matang.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kes tersebut ke 25 Jun depan.

Pssttt! Apa yang dilalui Adira pasti memberi tekanan besar, lebih-lebih lagi sebagai ibu tunggal. Harapnya segala urusan dipermudahkan dan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian yang lebih baik tanpa memanjangkan lagi konflik.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas