Trending
“Tikus Berak Kencing Atas Plastik Retort” – Kilang Pulut Kuning Didakwa Kotor? Zarina Zainuddin Beri Respon
Zarina Zainuddin tampil beri penjelasan dan nafikan tuduhan tersebut.
Kecoh di media sosial apabila satu hantaran di Threads tular mendakwa kilang pulut kuning milik pelakon Zarina Zainuddin berada dalam keadaan tidak bersih.
Lebih mengejutkan, dakwaan tersebut disertakan dengan gambar dan cerita daripada individu yang kononnya mendapat maklumat daripada bekas pekerja.
Dakwaan tular mengenai kilang pulut kuning Zarina Zainuddin

Perkongsian itu menyebabkan ramai netizen mula mempersoalkan tahap keselamatan makanan yang dihasilkan.
Zarina nafi dakwaan, terima lebih banyak tempahan lepas tular

Tidak berdiam diri, Zarina tampil memberikan penjelasan dan menafikan semua dakwaan yang tular.
Menurut Zarina, operasi perniagaan masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Malah, perniagaan menerima lebih banyak tempahan selepas isu tersebut tular.
Isu itu tidak memberi kesan kepada perniagaan saya kerana pelanggan yang sudah datang dan melihat sendiri tahu keadaan sebenar.
Menurutnya, kilang miliknya beroperasi mengikut piawaian dan mempunyai sijil halal serta pengiktirafan MeSTI.
Kilang saya bersih dan mempunyai sijil halal serta pengiktirafan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Kami bukan seperti yang digambarkan.
Pilih untuk tidak panjangkan isu

Zarina turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan dibuat tanpa semakan fakta.
Saya rasa kenyataan itu dibuat secara emosi tanpa saluran yang betul. Saya tidak mahu ambil terlalu serius kerana saya ada banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.
Beliau juga memilih untuk tidak mengambil tindakan undang-undang dan memaafkan individu terbabit.
Pssttt! Dalam dunia digital sekarang, satu dakwaan boleh terus jadi viral walaupun belum tentu sahih. Jadi, penting untuk kita semak dahulu sebelum percaya. Pada masa sama, peniaga juga perlu kekalkan ketelusan demi menjaga kepercayaan pelanggan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM